Nampak sedap 4 Menu Air Berbuka Khairulaming iaitu air limau asam boi, air susu pisang gula melaka, air fresh fruit tea dan air buah naga laici. 

Khairulaming memang terkenal dengan resipi serba ringkas dan menyelerakan. Nanti-nanti bolehlah cuba 4 menu air berbuka Khairulaming kongsikan resipinya tu.

4 Menu Air Berbuka Khairulaming

Resipi air limau asam boi

Bahan-bahan
Asam boi
5 biji limau kasturi | buang bijinya
8 sudu gula
1 liter air
Ais

Cara penyediaan

  1. Kisar kesemua bahan di atas kecuali asam boi. 
  2. Kemudian tapis
  3. Masukkan ais dalam jug dan masukkan asam boi serta limau kesturi
  4. Tuangkan air yang dikisar tadi
  5. Siap untuk dihidangkan

Resipi air susu pisang gula melaka

Bahan-bahan
1/2 kotak susu fresh milk
1 biji pisang
1-2 keping gula melaka
Sedikit garam
1/2 sudu esen vanilla
Ais

Cara penyediaan

  1. Lenyekkan pisang
  2. Cairkan gula melaka
  3. Tuangkan fresh milk ke dalam jug dan masukkan esen vanilla serta garam
  4. Kacau sebati dan tuangkan ke dalam gelas berisi ais
  5. Masukkan pisang yang dilenyek tadi
  6. Siap untuk dihidangkan

Resipi fresh fruit tea

Bahan-bahan
2 uncang tea
Oren
Buah laici
1/2 tin air laici (dalam tin)
Tembikai
Apel hijau
Lemon
4 sudu gula
Air secukupnya
3 biji limau kasturi
Ais

Cara penyediaan

  1. Potong buahan yang dipilih
  2. Rendam teh dalam air panas, bila dah kembang keluarkan uncang teh tersebut
  3. Masukkan gula dan kacau sebati
  4. Masukkan pula air laici tin tadi
  5. Perahkan limau kasturi, masukkan ais dalam jug dan buahan yang dipotong tadi
  6. Tuangkan air teh tadi, siap untuk dihidangkan

Resipi air buah naga laici

Bahan-bahan
2 biji buah naga
1 tin laici
Ais

Cara penyediaan

  1. Potong buah naga
  2. Masukkan dalam pengisar, tuangkan air laici tin tadi
  3. Kisar sehingga sebati
  4. Tuangkan dalam jug yang berisi ais. Masukkan buah laici tadi
  5. Siap untuk dihidangkan
sumber : resipi 4 menu air berbuka Khairulaming versi video