Misteri Mona Ku Seru Kembali, sebuah telefilem kesinambungan drama Misteri Mona yang akan ditayangkan pada raya ketiga, Sabtu ini 15 Mei 2021 jam 10:00 malam di slot Cerekarama TV3.

Telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali Cerekarama TV3

Drama Misteri Mona sebanyak 8 episod pernah ditayangkan dalam slot Samarinda TV3. Ending misteri Mona episod akhir, terjawab sudah siapa Mona dalam Misteri Mona yang sebenarnya. Masih ingat lagi? Tak sangka macam tu plot twist dia.

Menampilkan barisan pelakon yang sama iaitu Janna Nick, Elisya Sandha, Ruzana Ibrahim serta beberapa pelakon lain lagi seperti Iman Suhana, Ruzana Ibrahim, Balkisyh Semundurkhan, Melanie Tan, Alexis SueAnn, Kween Keela, Tony Eusoff dan ramai lagi.

TELEFILEM MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI

Waktu siaran : 15 Mei 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : TV3
Penulis skrip : Abdul Nasir
Pengarah : Raja mukhriz
Produksi : Aquila emas

SINOPSIS MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI

Selepas berjaya ‘mengurungkan’ Mona, Anom terpaksa melepaskan dia sekali lagi untuk menyelamatkan anaknya yang dikatakan sudah meninggal dunia itu. Anom pula sedang menjalani rawatan di sebuah pusat psikiatri dan kini dia dapat mengawal Mona sepenuhnya. 

Anom berasa sangat sedih kerana Mona telah membunuh ibunya dan bayinya. Tapi, doktor menjelaskan hasil pencarian pihak berkuasa di rumahnya itu mendapati bahawa tiada mayat seperti didakwa. Ia hanyalah sebuah anak patung yang ditanam di belakang rumah dan mungkin ia adalah halusinasi Anom semata-mata. 

Ahh sudah..pening nak hadam misteri Mona ni. Apakah Kebenaran disebalik kecelaruan delusi Mona itu sebenarnya?

PELAKON MISTERI MONA KUSERUMU KEMBALI

Janna Nick
Elisya Sandha
Ruzana Ibrahim
Iman Suhana
Balkisyh Semundurkhan
Melanie Tan
Alexis SueAnn
Kween Keela
Tony Eusoff
Irshad Has