Sehari dua ni tiba tiba pakaian tradisional Iban, Ngepan Iban jadi bualan. Siapa yang tak marah kalau orang kutuk pakaian tradisional kita. Kutuk pakaian biasa biasa pun dah terasa hati, inikan pakaian tradisional. 

Selama ni hanya sekadar tahu Ngepan Iban ni pakaian tradisional kaum Iban je. Rupanya disebalik Ngepan Iban ni, tersembunyi harga Ngepan Iban bukan biasa-biasa. Cecah ribuan ye harganya!

Ngepan Iban

Ngepan Iban adalah nama pakaian tradisional Iban yang dipakai oleh kaum wanita. Biasanya dipakai semasa perayaan Hari Gawai atau semasa perayaan khas seperti Pekit Kumang. Juga dipakai ketika majlis perkahwinan. 

Baju tradisi lelaki kaum Iban pula namanya Baju Burung.

Asal Usul Ngepan Iban

Pada zaman dulu, asalnya dipercayai seorang gadis yang sangat baik di kalangan wanita Iban bernama Kumang pandai membuat kerja wanita seperti menenun, menganyam dan sebagainya. Bukan hanya berbakat dalam kerja tersebut malah beliau juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Kemahiran yang beliau ada telah menjadi rujukan untuk pakaian tradisional masyarakat Iban. Kumang dijadikan model bagi pakai tradisional ngepan iban full set yang lengkap denagan perhiasan perak, tembaga, manik dan kain yang diperbuat daripada pelbagai corak.

Begitulah ceritanya asal usul Ngepan Iban. Okay next, kita berkenalan dengan Ngepan Iban Full Set seperti : 
  • Sugu Tinggi
  • Cham Sanggul
  • Tenggak Buah Bembang
  • Marik Empang/Tangu
  • Marik Tali Ujan
  • Selayah/Selampai
  • Simpai
  • Rawai
  • Lampit
  • Tumpa
  • Tumpa Rakup
  • Sementing/Menyawir
  • Buah Pauh
  • Selampai Belakang
  • Kain karap
  • Lumbai
  • Tating Kain
  • Gerunung
  • Tali Mulung
  • Gelang Kaki @ Gerunchung
  • Sementing Buchai
  • Sementing Ringgit
  • Tango

Ngepan Iban Full Set
sumber : google


Dibawah ni harga Ngepan Iban sebenar yang dikongsikan oleh Elanuris Hunter.
  • Sugu tinggi pirak = RM3000-RM4000
  • Cham sanggul pirak = RM200-RM300 satu/pcs
  • Tenggak buah bemban/puru = RM50-RM80 satu/pcs
  • Marik Empang = RM500-RM600 /Pelaga = RM 600-RM700
  • Tali Ujan = RM 200-RM300 semeter
  • Selampai = RM250
  • Rawai lama = RM 1300-RM1700
  • Lampit lama Pirak= RM 1000-RM1500
  • Simpai pirak = RM 500-600 sepasang(2 pcs)
  • Tumpa pirak = RM 1200-RM1400 (12pcs)
  • Tumpa rakup pirak = RM300-RM500
  • Sementing/Nyawir = RM800 pcs
  • Buah pauh = RM 1000
  • Selampai belakang lama = RM400-RM600
  • KAIN karap lama = RM400-600
  • Kain Kumbu = RM500-800
  • Kain sungkit = RM 600-RM1100
  • Tating kain/ringgit lama pirak =RM 50-80 satu /pcs (puluhan pcs dlm satu set pkaian)
  • Gerunong lama = RM 50-RM70 satu
  • Geruncung kaki = RM600-RM800

Buntang mata tengok harga Ngepan Iban ni. Kenapa harganya mahal sangat? Apa yang saya tahu, Ngepan Iban ni handmade. Nak buat dia renyah dan makan masa. Dibuat dengan teliti dan kemas. Jadi, faham lah kenapa harganya mahal. Sepadan dengan usaha dan pembuatan tangan. 

Cara Pemakaian Ngepan Indu Iban

Setiap pemakaian Ngepan Indu Iban mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dipakai. Jika si pemakai memakai ngepan dengan sembrono, ia akan memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban. 

Cara permakaian yang salah juga boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong. Contohnya jika sugu tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun janda. 

Corak ngepan kain juga mempunyai peranan. Bagi seorang gadis haruslah warnanya terang. Ini kerana untuk menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.

Jika ada peluang, teringin juga nak sarung Ngepan Iban ni. Tapi versi menutup aurat lah kalau ada yang labuh dan lengan panjang. Kemudian pakai tudung hitam ke merah, sesuai ke? Kena tanya yang lebih pakar kalau nak pakai. Silap pakai, jadi bahan kecaman pulak nanti. Tanya yang lebih pakar.

Harga mahal-mahal ni, kalau sewa mesti agak mahal jugak tak? Dapat peluang pakai sekejap ambil gambar pun jadilah.

Pemakaian tradisional kenalah kita kekalkan untuk kita tahu budaya kita yang dahulunya. Setiap pakaian tradisional ada keunikan dan keistimewaannya. Jadi, janganlah kita sesuka hati mengutuk dan memburukkan apapun yang berkaitan dengan agama, adat, budaya dan tradisi orang lain. Konsep dia, kena hormat.  

sumber : wikipedia