SOP Hari Raya Aidilfitri 2021 telah pun dikeluarkan  dan diumumkan oleh Menteri pertahanan, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob semalam (4 Mei 2021) dalam sidang media. Nampaknya semakin susah nak hadam SOP yang kejap kejap berubah ni. 

PKP, PKPB, PKPP, PKPD semua ni pun netizen dah naik muak nak dengar rasanya. Entahlah..masing-masing dah malas nak ambil tahu sebenarnya. 
  • Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
  • Perintah Kawalan PergerakanPemulihan (PKPP)
  • Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 

Nak tak nak kena jugalah ambil tahu sikit SOP Hari Raya Aidilfitri 2021. Tak pasal-pasal kena saman. Sebagai rakyat marhaen yang bukan golongan kayangan mahupun bangsawan, kena lah follow SOP yang telah ditetapkan. 

SOP Hari Raya Aidilfitri 2021
sumber : MKN SOP


Takbir raya di masjid/surau

PKP, PKPB & PKPP : Dibenarkan mengikut ketetapan pihak berkuasa Agama negeri.
PKPD : Tidak dibenarkan
*Amalan takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.

Solat sunat hari raya di masjid/surau

PKP, PKPB & PKPP : Dibenarkan dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
PKPD : Tidak dibenarkan

Ziarah hari raya

PKP : Dibenarkan pada 1 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu adalah tidak melebihi 15 orang.
PKPB : Dibenarkan padaa 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
PKPP : Dibenarkan 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang.
*pada saatu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Ziarah tanah kubur

PKPB & PKPP : Dibenarakana tidak melebihi 6 orang bagi saatu lot/petak kubur serta tidak lebih 30 minit.
PKP & PKPD : Tidak dibenarkan

untuk maklumat lanjut dan semakan sop terkini, boleh rujuk website Kementerian Kesihatan Malaysia