Ayam percik, masakan ayam kegemaran saya tapi tak pernah lagi masak sendiri. Tak tahu lah kenapa tak rasa nak buat sendiri. Mungkin lepas ni kena cuba masak sendiri guna resepi ayam percik mudah dan sedap viral di facebook yang saya jumpa dalam group resepi pikat selera. 

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Nampak gaya macam mudah cara buat ayam percik ni. Jika di google ada beberapa resipi ayam percik yang berbeza mengikut negeri. Antaranya 
  • resipi ayam percik Johor
  • resipi ayam percik kelantan
  • resipi ayam percik putih

Mungkin ayam percik ni popular di sesetengah negeri sahaja. Haruslah setiap resipi berbeza dan mempunyai rasa yang berbeza. Ayam percik merah atau ayam percik putih? Dua dua saya suka.

Resepi ayam percik mudah dan sedap 

Bahan-bahan :
1. Ayam cuci potong-potong dan toskan.
2. Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai dan kunyit hidup
3. Kisar halus ketumbar dan jintan manis.

Cara penyediaan :
Tumis bahan-bahan tanpa minyak, pastikan garam gula secukup rasa. Masukkan ayam masak setengah masak. 

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Kemudian letak ayam diatas stand renjis olive oil, minyak masak pun boleh. Bakar pada suhu air fryer 200-15minit (bergantung air fryer masing-masing, tak cukup masak tambah masa). Suhu oven 180-20 minit. Guna pemanggang ajaib pun boleh.

Resepi ayam percik mudah dan sedap

Resipi kuah ayam percik

Bahan-bahan :
1. Kisar cili kering dan bawang putih
2. Sos cili, gula merah, gula pasir dan 1 sudu besar tepung jagung.

Cara penyediaan :
Panaskan kuali @periuk, masukkan cili, masukkan sedikit air kacau-kacau sehingga cili masak. Kemudian masukkan sos cili, gula, air gula merah dan tepung jagung. Kacau sehingga kuah jadi pekat. Pastikan gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dalam kuah tu.

sumber gambar & resipi : SuiSan Aliezsha

Resipi yang dikongsikan ringkas. Tak ada spesifik sukatan beberapa bahan. Kena pandai agak agak dan adjust rasanya gitu. Tengok ayam percik ni mengundang rasa teringin. Apa susah, ada resipi ayam percik mudah yang boleh dicuba. Rajin tak rajin je lah.