Sorry geng blogger. Kesibukan hari ni tak dapat dibendung. Dapat blogwalking kejap je. Lepas tu menghadap semula photoshop menyiapkan design. Tiba-tiba otak tepu tak ada idea. Stress oiiii. Otak dah cuci, basuh dan bilas. Tak menunjukkan tak ada tanda-tanda nak dapat idea.

Pergi mengemas kejap. Menghadap semula design, eh idea tak muncul lagi. Scroll media sosial, terhibur dengan satu post kartun bergambar ni. Terus teringat zaman sekolah rendah.

Memang inilah ayatnya. Sebijik! Benda ni berlaku sepanjang zaman tak kira tempat. Kan? 

Dah Malam Baru Nak Cakap esok ada kerja sekolah
sumber : ig @komik tok ketua norazali 1983

Kah! Kah! Kah! Muka tak bersalah betul masa cakap tu, takut kena marah pun ada. Kalau tak cakap, esok kena marah dengan cikgu pulak. 

Itulah dia nostalgia zaman kanak-kanak masa sekolah. Ini salah satu kenangan semasa kecil yang diwarisi zaman berzaman. Buat gelak je bila tengok situasi ni berlaku. 

Itu belum lagi situasi kerja sekolah tak siap, kasut sekolah tak kering, kasut sekolah ada katak. Macam macam hal. 

Rindu kenangan zaman kegemilangan zaman kanak-kanak. Tak macam hidup zaman dewasa ni, banyak benda nak fikir.