Selain dapat rendang ayam daun puding, mak bagi jugak sesisir pisang, sebungkus santan kelapa dan sebiji buah avocado. Buah avocado kampung terpaling besar berbuah yang pernah saya tengok setakat ni hasil dari pokok avocado nan sebatang belakang rumah.
Pokok avocado ni menghasilkan buah avocado tak menentu. Kalau ada pun tak banyak lah. Paling lebat pun yang saya perasan kurang dari 10 biji macam tu.
Avokado (اۏوکادو)
Buah alpukat dan avocado adalah buah yang sama. Avocado sejenis tumbuhan buah-buahan yang mengandungi biji tunggal besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak.
Asalnya, pokok avocado bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia.
Asalnya, pokok avocado bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia.
Cara makan buah avocado, boleh dimakan terus apabila sudah masak atau diproses menjadi hidangan makanan atau minuman.
Buah avocado ni dipandang sepi. Tak siapa yang suka. Saya je yang suka buat homemade avocado juice ala-ala jus alpukat Indonesia yang popular tu.
baca juga : 7 sebab buah avocado sesuai untuk diet
Rasa buah avocado import dan malaysia ni lebih kurang je. Dari segi bentuk tu memang berbeza sangat. Saya panggil buah avocado kampung je. Mungkin ada nama lain yang saya tak tahu. Siapa tahu bolehlah komen.
Kali ni besar betul buahnya. Terpaling besar lah setakat ni. Perbezaan antara buah avocado dengan cup large McD. Nampak tak perbezaan saiz dia.
Sebiji buah avocado mengandungi 160 kalori, 2g protein dan 15 g lemak. Kadar potasium lebih tinggi daripada pisang.
So far saya tak pernah nampak lagi buah avocado kampung ni dijual dimana mana kedai buah-buahan atau di supermarket. Yang biasa kita nampak avocado import tu. Harga buah avocado di Malaysia ni tak murah ye. Nama pun buah import, haruslah dia jadi mahal.
29 تعليقات
Saya tak pernah merasa lagi buah ni.. Tapi di sebelah Indonesia terkenal dengan jus alpokat, malangnya saya belum pernah cuba lagi walaupun dulu ada peluang untuk merasa kerana sering juga ke beberapa provinsi di Indonesia.
ردحذفDi Indo memang popular dengan jus alpukat. sebab jus alpukat sedap, terus saya suka buah avocado ni. Ada rezeki nanti jangan lupa cuba ye :)
حذفwah... besar buah tu. saya tak pernah rasa avokado...
ردحذفYe, besar betul buahnya. Kalau berjiran boleh gak bagi rasa tu. InshaAllah ada rezeki dapat merasanya nanti. Aaminn..
حذفKak Amie belajar makan avocado daripada kawan, orang Filipina. Buah avocado yang masak dicincang dan dicampur dalam aiskrim. Sedap pula.
ردحذفTak pernah cuba lagi makan style macam tu kak amie. tapi orang putih suka gak jadikan topping macam tu :)
حذفsekali tengok dah macam sejenis labu, kalau tak bg tau x tau ni spesies avocado
ردحذفHehe..nampak macam labu air ye? Inilah avocado saiz besar :)
حذفtak pernah makan lagi
ردحذفNanti kalau ada cuba rasa ye :)
حذفbesar btul avocado tu
ردحذفyup, betul betul besar saiz buahnya.
حذفmak oi besarnya!
ردحذفmemang besar betul :)
حذفBuah avokado kampung? Akak tak pernah jumpa ni. Besar pulak tu.
ردحذفye kak, sebab dia macam berbeza dengan biasa yang kita nampak tu. Tak tahu nama sebenar dia apa. tapi avocado lah :)
حذفya ampun besarnyaaaaaaaaaaaaaaa.. kenyang kalo buat smoothie or eskrem nihhh ihihih
ردحذفLebih dari kenyang ni kak. Boleh buat stok next smoothie gitu :)
حذفBesar betul avocado nyer!!Tapi malangnyer...Syu tak suka avocado😅
ردحذفMemang besar. Avocado ni tak ramai yang suka sebab rasanya dia agak pelik dan jarang orang tanam kat Malaysia ni.
حذفPerghhh besar gila... Tp k ret x suka.. Kelat2 rsnya😅😅
ردحذفTulah pasal KakRet. besar gila kot! Faham faham..ramai yang tak suka rasa avocado :)
حذفBesar betull buah avocadonyaaaaa, tak pernah makan pulakkkk :D
ردحذفKannn..takpe, nanti ada rezeki jumpa buah avocado boleh cuba rasa tau :)
حذفIni banyak boleh buat jus. Untung dapat besar puas makan.
ردحذفYe kak, rasa rasa satu jug ni boleh dapat.
حذفSedapnyaaa jus avocado. Lama xminum. Tunggu lah nanti habis pantang nk mencari
ردحذفmak aiiii ni avocado dr zaman dinasour ke ni? hehehe
ردحذفWow, kalau alpukat ini fix aku yakin memang jumbo ukurannya 🤩.
ردحذفUkuran besarnya ngalahin cup size large.