Siapa suruh you cute sangat! Haaa kan dah kena termasuk dalam gambar. Ini kalau ada macro lens for smartphone tu mesti lagi cantik kejadian gambar ni.

Nak menabung untuk beli macro lens lah untuk outdoor photography. Boleh juga ambil gambar serangga tercomel macam si ladybug ni.

Ladybug atau ladybird ek?

Ladybug dan ladybird adalah spesis yang sama. Nama ladybugs lebih dikenali di Utara Amerika dan dikenali dengan nama Ladybirds di Britain. Dikenali juga dengan nama ladyburd beetles atau lady beetles.

Ladybug atau ladybird

Rasa macam dah lama tak nampak ladybug in real. Macam dah pupus pulak spesis ladybug ni. Bila nampak terus cepat cepat snap sebelum dia terbang dan berlalu pergi.

Short and quick entry je lah pagi sabtu ni. Bila bersiaran di kampung ni entry pendek pendek je. Boleh jengah kejap kejap je. Banyak aktiviti nak dibuat.

Lepas tu kesana, kesini dengan macam macam urusan. Ada masa berlunjur kaki berehat baru lah taip sepatah dua kata. Berpatah patah kata dah nampaknya ni.

Masing masing emo eh tengok cerita Cinta Sekali lagi tu. Sabar sabar, isnin depan episod akhir cinta sekali lagi.