Tengah menantikan keputusan Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020 ke tu? Saja nak bagi suspen sikit walaupun boleh check sendiri kat menu bar atas tu bawah menu about. 

Pertama sekali terima kasih untuk semua blogger yang rajin singgah dan meninggalkan komen. Yang datang singgah sekejap tanpa komen pun terima kasih juga. 

Faham, kadang tu topik yang kita tak tahu. Tak tahu nak komen apa, ada tak pernah rasa macam tu? Confirmlah ada. Yang malas komen pun ada, suka membaca je. Pembaca ni ada macam-macam kategori.

Ucapan terima kasih yang mampu diucapkan sebagai penghargaan. Penghargaan untuk komentator je lah yang dapat diberikan hadiah sebab boleh trace dan wujud. Uknown komen banyak banyak pun memang tak lepas dan nak bagi hadiah kat sapa pulak kan.

Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

Tahniah Top 10 Komentator Blog Sihatimerahjambu 2020

  1. Shida Radzuan : www.duniashida.com
  2. Sunah Sakura : www.sunahsukasakura.com
  3. NA : me-soul-searching.blogspot.com
  4. Amie : salamisimon1.blogspot.com
  5. Wak Lat : tigalalat.blogspot.com
  6. nona sani : www.nonasani.com 
  7. Sha Mohamed : kasihkuamani.blogspot.com
  8. TukangKebun : kebunbahagiabersama.blogspot.com
  9. nohas : al-pakri.blogspot.com
  10. dear anies : aniesandyou.blogspot.com

Untuk top komentator 1 hingga 4 sila emailkan alamat dan nombor telefon masing masing ke : azhafizahmdnor@gmail.com untuk claim hadiah dan proses penghantaran hadiah. 

Kalau boleh secepat mungkin sebab nak pos sekali terus semua hadiah. Leceh nak keluar banyak kali kan musim covid ni.

Maaflah, bajet hadiah yang saya sediakan sampai nombor 4 je. Doakan saya bertambah rezeki so kita boleh kongsi lagi rezeki bagi 10 top komentator akan datang.

Untuk semua top 10 yang tersenarai akan dimasukkan ke dalam bloglist sepanjang tahun 2021.

Top 10 Komentator 2021

Untuk tahun depan, saya rancang nak buat 6 bulan sekali untuk top komentator. Jadi dalam setahun ada 2 kali. Atau 4 bulan sekali ke atau 3 bulan sekali ke.

Hadiah untuk nombor 1 sampai 3 dan yang lain macam biasa akan dimasukkan dalam bloglist dan bertukar mengikut berapa bulan yang diplan untuk umumkan top komentator nanti.

Boleh lah bagi peluang beberapa kali hadiah setahun kalau berkesempatan tinggalkan komen banyak-banyak dalam blog sihatimerahjambu ni.

Terima kasih semua. Tanpa anda, sunyi sepi blog ni tanpa komen dan singgahan para blogger lain. Sementara ada senarai tu, bolehlah blogwalking ke blog mereka yang rajin komen.