Telefilem bergenre seram komedi 'Mohon Hantuan' lakonan Shaharul Ridzwan dan Azar Azmi akan ditayangkan pada 19 Disember 2020 (sabtu) di Astro Citra dan Citra HD jam 9:00 malam.

Boleh juga saksikan telefilem Mohon Hantuan melalui stream di Astro GO dan Video On Demand (VOD). Telefilem seram komedi diarahkan oleh Ismail Bob Hasim dan diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd.

Telefilem Mohon Hantuan
sumber : Astro Citra

TELEFILEM MOHON HANTUAN

Waktu Siaran : 19 Disember 2020(sabtu), jam 9:00 malam
Siaran TV : Astro Citra dan Citra HD
Penulis Skrip : Shaza Talib bersama Haslizawati Hassan
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : Dream At Work Sdn Bhd

PELAKON

Sharul Ridzwan
Azar Azmi
Jay Iswazir
Zalif Sidek
Riena Diana
Tajuddin Bakar
Zarina Zainuddin
Esma Daniel

SINOPSIS MOHON HANTUAN

Telefilem Mohon Hantuan mengisahkan tentang seorang penulis novel yang bercuti disebuah villa diganggu oleh hantu. Hantu tersebut kerap muncul dalam mimpi penulis untuk meminta bantuan.

Penulis mengendahkan mimpi tersebut, akan tetapi hantu tiba-tiba muncul dan merayu rayu supaya penulis dapat membantunya. 

Suspen cerita ni. Jadi, kenalah tengok nanti ye. Menarik dan masih boleh tengok sebab genre seram komedi, kan.