Lama tak bertakoyaki. Sekali dapat takoyaki asal boleh. Inilah yang terjadi bila berniaga tak betul betul hadam resipi takoyaki yang betul. Ramai yang acah acah pandai jual takoyaki tapi selalu beli indah khabar dari rupa.

Ceritanya, semalam husband balik sambil mencebet beg plastik merah makanan tu. Nampak plastik merah tu tahulah dia beli makan. Nah, kita belikan awak takoyaki, pisang goreng dan kuih kaswi favourite awak. Sweet tak bersaya awak. Kalau boleh biarlah kemanisan tu sampai bila bila. Aaminn
[jim.bit] | جيمبيت
Definisi : ; menjimbit memegang atau meng­angkat sesuatu dgn jari, mencebet; ® bimbit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Alhamdulillah, senang hati dapat rezeki minum petang. Faham isteri belum rehat lagi. Pagi balik dari kampung terus masak untuk bekal husband. Lepas tu kemas rumah, buat design lagi, update blog sikit tak sempat blogwalking. Rehat pun belum. Petang pula berkemas balik  kampung semula. 

Rutin baru yang bakal terbiasa nanti. InshaAllah...

Takoyaki (たこ焼き atau 蛸焼) 

Sejenis snek jepun yang berbentuk bebola bulat diperbuat daripada tepung gandum menggunakan kuali takoyaki khas. Dalam takoyaki biasanya di isi dengan pelbagai jenis isi seperti sotong kurita, udang, isi ayam dan lain-lain lagi.

Di atas takoyaki diletakkan sos takoyaki dan mayonis. Kemudian ditaburkan dengan aonori dan parutan ikan tongkol kering atau dikenali dengan nama bonito fish flakes.

Sejarah Takoyaki

Takoyaki diinspirasikan daripada Akashiyaki iaitu sejenis pau yang berbentuk bulat kecil dari bandar raya Akashi di Wilayah Hyōgo. Pau tersebut diperbuat daripada tepung sadur dengan telur dan di isi dengan sotong kurita.

Asalnya, takoyaki popular di kawasan Kansai. Kemudian mula merebak ke kawasan Kantō dan kawasan kawasan yang lain di Jepun.

Yaki diambil dari perkataan "yaku" (焼く) iaitu alah satu kaedah masakan dalam hidangan Jepun. Ianya membawa bermaksud "menggoreng atau menggril". Kaedah yang sama juga digunakan untuk masak masakan Jepun dan Korea seperti teppanyaki, yakitori, teriyaki dan sukyaki.

Haaa panjang takoyaki punya cerita. Sesambil cerita makanan, kita selit sikit info takoyaki. 

Berbalik kepada tajuk. Takoyaki husband beli tu ada 12 ketul. Seperti biasa, dah biasa dikecewakan dengan rupa takoyaki tu. Harga RM5. Dari segi harga okaylah murah. 

Takoyaki

Tak berapa nak nampak bonito fish flakes. Segan nak kelihatan. Takoyaki kurang angin pun ada tu. Penyek terus. Isi pun tak berapa nak ada juga. Cuma sos je lah yang menang. Ye, faham berniaga nak untung tapi peniaga lupa nak fikirkan kepuasan pelanggan. 

Tapi nak memuaskan hati setiap pelanggan memang susah. Setiap orang selera dia lain lain. Apatah lagi nak memuaskan hati semua orang.

Ye, faham juga harga murah kena setanding dengan rencah dan accesories juga. Mungkin itu konsep yang dipakai oleh peniaga tersebut. Disebabkan harga murah dari biasa, tak boleh nak komplen sangat. Dah tu level harga dengan rupanya.

Biasanya macam ni, sekali tu je lah beli. Mana nak repeat kalau macam tu. Peniaga je tahu untung, tak kan pembeli nak rugi pula kan. 

Suka peniaga yang tak kedekut bahan dan rencah. Sekali  dah jumpa memang tak cari lain dah.