Alhamdulillah. Tumpang gembira bila penyanyi tersohor Malaysia Dato’ Sri Siti Nurhaliza (TokTi) umumkan berita sedang hamil anak kedua. Aafiyah bakal jadi kakak! Dalam hari yang sama pengumuman dibuat, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga melancarkan Muzik Video Kuasa Cintamu. 

Lagu Kuasa Cintamu karya ciptaan Melly Goeslow dan lirik tulisan Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri. Lagu Kuasa Cintamu jugaa salah satu lagu yang ada dalam album terbaharu ManifestaSiti2020 yang didedikasikan buat Aafiyah. Muzik Video Kuasa Cintamu sangat istimewa dengan menampilkan anaknya, Siti Aafiyah.

Kuasa Cintamu Dato’ Sri Siti Nurhaliza
sumber : google



Bukan hanya tu, penggambaran Muzik video Kuasa Cintamu juga sangat mencabar kerana penggambaran dalam satu urutan tanpa henti. Tak ada cut cut gitu. Dalam masa yang sama tukar persalinan dalam beberapa saat je. Dari baju kuning ke baju merah. 

Satu Muzik Video yang menarik, penceritaan kehidupan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dari kecil sehingga kini memiliki Aafiyah. Kalau Datok' K ada sekali dalam muzik Video, pasti lagi menarik dan boleh jadi kenangan terindah. 

Lirik Lagu Kuasa Cintamu - Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Penulis lirik : Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Komposer : Melly Goeslaw

Ku mengkhabarkan pada awan
Jangan terus jadikan mendung
Kerna alam ingin cahaya
Untuk terus hidupkan terang

Semenjak aku menatapmu
Hilang pandang hatiku galau
Tak pernah lagi lelap tidurku
Tanpamu mengiring pejamku

Kehadiranmu
Seperti tak mungkin bisa terjadi
Telah Kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu kumenunggu
Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku jatuh
Jatuh cinta
Jatuh cinta lagi

Hebatnya kuasa cintamu
Engkau mendengar rayuanku
Telah kau kirim cinta ini
Kubahgia kini kau di sisi

Kehadiranmu seperti
Tak mungkin bisa terjadi
Telah kau ikhlaskan doaku ini
Dari dulu (dari dulu) kumenunggu, woo
Dikaulah harapan
Satunya yang tak dapat kugambarkan
Ternyata ini membuatku