Karipap, kuih favourite. Tapi tak pernah lulus nak membuatnya. Inti dah lulus, kulit pula menemui kegagalan setiap kali cuba. Terus give up nak membuat karipap. Apatah lagi nak buat karipap pusing. 

Tak ada kekuatan betul nak membuat karipap ni. Nak beli karipap frozen yang sedap amatlah susah ye kawan-kawan. Ada satu kedai kampung kat Pilah tu jual karipap frozen sedap tapi sekarang tak buat dah. Aduhaii, kempunan karipap sedap. 
[ka.ri.pap] | کاريڤڤ
Definisi : sejenis kuih yang kulitnya dibuat daripada tepung gandum dan intinya daripada ubi kentang dan daging yang bercampur rempah. 
- (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Karipap

Kuih karipap, sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia. Biasa dihidangkan ketika minum pagi dan juga minum petang bersama minuman kopi atau teh panas.

Bahan utamanya adalah doh dari tepung gandum dan intinya daripada daging dan juga kentang. Selain ubi kentang, keledek juga boleh dijadikan sebagai campuran dalam inti.

Nama karipap dikaitkan dengan nama inti karipap dimana intinya menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Inti karipap sekarang telah dipelbagaikan dan terdapat bermacam macam inti karipap. Tapi yang original juga yang sedap.

Karipap juga dikenali dengan nama epok-epok di Johor dan juga sesetengah negeri yang lain. Karipap in english dipanggil curry puff. Akan tetapi, bentuk curry puff dan pembuatan tak sama. Lipatan di tepi karipap di panggil kelim.

Jenis-Jenis Karipap

Karipap daging

Inti daripada daging lembu dan kentang. Lebih sedap ditambah lada hitam sedikit.

Karipap ayam

Inti karipap daging ayam dan kentang. Ditambah dengan serbuk kari sebagai perasa yang sesuai dengan isi daging ayam.

Karipap ikan (Temosa)

Karipap ikan/temosa : Inti daripada ikan yang digoreng kering bersama bawang dan isi kelapa muda. Rasa inti berlemak dan tak pedas. Terdapat di Pantai Timur ( Pahang, Kelantan dan Terengganu)

Karipap sardin

Inti ikan sardin dan ada kalanya karipap sardin dibuat bentuk panjang seperti pastri curry puff.

Karipap pusing

Karipap pusing merujuk kepada kulit karipap yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak lapisan yang cantik dan lebih rangup. Lebih mudah dikenali disebabkan lapisan kulit. Intinya daripada kentang atau keledek dengan perasa serbuk kari.

Karipap mini

Mini merujuk kepada saiz yang kecil. Inti di isi dengan serunding ikan. Dijadikan juga sebagai kuih raya.

Mana satu yang menjadi favourite?

Okay, sambung semula cerita intro tadi. Karipap frozen sedap tu tak ada tapi karipap pusing frozen kata kakak kedai tu. Okay, bolehlah. 1 pack karipap RM6 ada 10 pcs dibungkus dalam plastik ziplock. Saiz sederhana je.



Sekali goreng habis terus. Kulit dia nipis dan rangup, inti penuh dan boleh tahan sedap juga. Jarang nak jumpa frozen food yang sedap. Kira lulus lah dari segi rasa ikut selera saya. Boleh lah kalau nak repeat order. 


Nanti mesti yang tanya, beli kat mana karipap pusing frozen? Tu dalam gambar dah siap siap letak maklumat penuh lagi. 

Karipap Pusing Frozen
No. 149, Batu Satu
Jalan Seremban Lama
Kuala Pilah, N9
Ichah : 017-3101186