Pagi ni sempat lah menangkap gambar permandangan kabus sepanjang jalan dari Kuala Pilah ke Seremban. Bila ambil gambar dari dalam kereta ni banyak halangan dia. Selain cermin, kelajuan kereta pun boleh tahan struggle juga.
[ka.bus] | کابوس
Definisi :
1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis;
2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus.
-(Kamus Dewan Edisi Keempat)

Bagaimana Kabus Terjadi?

Wap air yang berada dekat dipermukaan tanah terkondensasai dan membentuk seperti awan. Ini kerana hawa dingin dan kadar kelembapan hampir kepada 100% yang membuatkan wap air terkondensasi.

Kabus tebal pula dipanggil kabut. Kabut pula awan yang bersentuh dengan tanah dan penglihatan kurang jelas dalam 1km berbanding kabus kurang 2km. Untuk perbandingan, kabus kelihatan agak kebiruan manakala kabut keperangan dilihat dari jauh.

Nak tangkap secara tepat memang tak lah. Dapat lah sekeping dua yang elok selepas di edit sikit. Tengok gambar raw senget benget betul tak ikut rules of thirds photography lansung. Janji lawa, ye tak?

Permandangan kabus pagi yang cantik. Sejuk mata memandang. Sejuk lagi terasa sampai ke tulang. Sejuk oii tidur malam kat kampung. Bergabung pula dengan air cond. Lain macam sojuk eh.

Kabus Pagi
1/800 sec at f/2.2, ISO 32 4.15mm iPhone 6s back camera

Kebetulan tangkapan mengena di salah sebuah rumah. Rumah bentuk heksagon depan tu. Unik! Sayang gambar kurang sharp. Tangan gegar satu hal pula ye. Janji ada modal buat entry pagi ni. Idea entah merayau pergi mana entah.
Kabus Pagi
sebelum 8 pagi


Kabus bergabung dengan asap bakar sampah tepi tu. Awal pagi dah bakar sampah, tercemar udara pagi yang segar. 

Tiba-tiba rasa dunia blog macam hambar. Semua orang sibuk tengah sibuk. Ke diri sendiri yang sibuk tak sempat nak menjengah blog sangat.