Selamat pagi. Lewat bersiaran hari ni sebab kemengantukan sikit lalu idea pun susah nak generate pagi pagi ni. Mood tak sihat betul pagi Isnin ni. Tak cukup tidur lagi. Haihh...Apelah yang banyak sangat nak fikir dalam kepala ni entah.

Wake up! Wake up! Banyak kerja perlu diselesaikan sebelum balik kampung beberapa hari uruskan apa yang patut. Bila kerja sendiri dah selesai. Baru rasa senang hati sikit nak balik. Kalau tak, ada je yang teringat-ingat nanti. Mengganggu betul!

Okay, berbalik kepada tajuk. Last week (tak ingat hari apa) dapat kiriman sampul surat berwarna putih. Sedikit tebal macam ada 'benda' dalam tu. Buka buka ada pendrive dan juga sekeping note. Dari blogger Shida rupanya.

Kira hadiah misteri juga ni sebab tak tahu hadiah apa yang Shida kirimkan. Alhamdulillah..syukur dapat rezeki hadiah pendrive 512GB jenama HUAWEI yang comel ni. Sekali lagi tersenarai dalam geng kuat komen blog duniashida.com.

Pendrive HUAWEI 512GB (72mmx20mm)

  • USB 2.0 : Support USB version 2.0 and high-speed transmission
  • Micro interface : Its durable USB port let users securely carry this drive everywhere they go with their new devices.
  • Rotate : 360 degree rotation. Shell is made of aluminium alloy not only light. Surface is also special polished.

Seiring dengan teknologi zaman sekarang, pendrive ni boleh digunakan untuk Phone, Tablet, PC, TV, Telematics dan Sound. 

HUAWEI 512GB PenDrive

Terima kasih banyak-banyak Shida untuk kiriman hadiah pendrive ni. Semoga dimurahkan rezeki yang berpanjangan dan penuh keberkatan. Aaminnn

Blog Dunia Sebenar Shida