Baru baru ni perasan ada geng hikers kongsikan gambar gua dan Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping di media sosial. Cantik betul tempat prasejarah ni dijadikan satu daya tarikan untuk mereka yang suka hiking.

Kalaulah gua dan Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping ni dekat dengan rumah, laju ke dah ke sana. Bila jauh, kita hanya mampu melihat dari jauh dalam gambar je lah.


Gua dan Batu Penyu Bukit Meriem prasejarah di Felda bukit Aping Timur

Tempat yang menarik untuk dikunjungi ni terletak di antara Felda Bukit Aping Barat dan Gugusan Waha di Kota Tinggi, Johor. 

Jarak dari kawasan perumahan dan lokasi lebih kurang 1km sahaja seperti yang dikatakan oleh mereka yang dah pernah sampai sini.

Diberi nama batu penyu mungkin disebabkan ada sebuah batu besar yang berbentuk penyu. Bukit Meriem tu saya tak pastu datangnya dari mana. Belum mengkaji lagi.

Batu Penyu Bukit Meriem Felda Aping
kredit : to respective owner


Selain permandangan yang cantik dan ada batu penyu besar tu. Struktur batu besar yang sangat rare menarik perhatian betul. Tak pernah lagi nampak struktur batu yang sebegini. Lain dari yang lain.

Dari atas nampak cantik betul struktur batu ni, kan? Geng hiking, jangan lupa singgah sini. Saya dah pencen hiking. Ni kalau nak hiking semula, pewai!