Filem 'Bikin Filem' dah ditayangkan di Astro First saluran 480 pada 5 November 2020 lepas. Ada yang tonton Filem Bikin Filem ni? Tengok dari teaser tu macam kelakar je.

Ya, Filem Bikin Filem adalah filem komedi lakonan Sherry Alhadad, Azhan Rani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Scha Alyahya, Erra Fazira, Zain Hamid dan ramai lagi.

Menurut pengarahnya, Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler) filem bikin filem diperam 10 tahun lamanya dan ianya berjaya di tayangkan pada bulan lepas.

Menariknya, filem Bikin Filem ni mendedahkan kepada penonton bagaimana proses sesebuah filem itu diterbitkan sehinggalah ditayangkan di pawagam dan ia bukan satu perjalanan yang mudah.
 
Filem Bikin Filem
sumber : Astro First

FILEM BIKI FILEM

Tarikh Tayangan : 5 November 2020
Siaran TV : Astro First saluran 480
Pengarah : Latiff Zami (Mohd Yeop Hitler)
Penerbit : Empire Film Solution

PELAKON

Sherry Alhadad
Sharifah Sakinah
Erra Fazira
Scha Alyahya
Azhan Rani
Zain Hamid
Amerul Affendi
Mark Adam
Azrel Ismail
Azhar Sulaiman
Jasmin Hamid
Syazwan Zulkifly
Kodi Rasheed
Kamarool Hj Yusoff
Ucop

SINOPSIS BIKIN FILEM

Mengisahkan tentang seorang bekas bintang filem terkenal dengan gosip-gosip liar, Khaty (Sherry Alhadad) yang ingin menerbitkan sebuah filem bertajuk ‘Dendam Berbalas’ kerana baru bercerai. Khaty ingin pengarah Rahim G (Azhan Rani) untuk mengarah filem tersebut.

Namun, pelbagai cabaran dan insiden lucu mencuit hati berlaku sepanjang perjalanan pihak produksi menjayakan filem tersebut. Malah setiap kru, barisan pelakon dan pengarah mempunyai macam-macam kerenah dan ragam tersendiri yang menghiburkan.