Satu kegembiraan bila tengok tanaman hidup subur, berbuah lebat, berbunga lebat dan daun yang rimbun. Pendek kata, menjadi dan berhasil. Bila tanaman tak hidup subur ni, kita pun rasa macam down juga.

Orang yang suka bercucuk tanam, tahu lah perasaan dia macam mana. Kan? Tanaman tanpa baja ibarat tanpa makanan. Baja tu adalah makanan tumbuhan yang menggalakan lagi pertumbuhan. Tak ada baja lambat sikit dia nak hidup membesar.

Ada satu perkongsian menarik tentang cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto untuk suburkan tanaman. Hanya perlukan 3 bahan ini sahaja.

Cara Buat Baja Guna Telur, Yakult Dan Ajinomoto Untuk Tanaman Subur Dan Berbuah Lebat

Perkongsian cara buat baja guna telur, yakult dan ajinomoto adalah dari seorang cikgu sekolah yang minat dengan pertanian. Banyak tanaman beliau berhasil berbuah lebat, pokok rimbun dan berbunga banyak.

Seronok betul tengok tanaman orang lain menjadi. Macam nak cuba juga buat baja organik guna bahan-bahan mudah didapati. Cuma kena beli yakult tu je lah.

Bahan Utama

1 botol yakult
2 biji telur
1 sudu teh ajinomoto

Cara Penyediaan

Campurkan dan goncang sehingga berbuih. Peram dalam masa sehari. Kemudian pati baja tersebut dicampurkan bersama 10 liter air biasa dan spray pada daun seminggu sekali

Cara Penyiraman Baja

Spray pada daun seminggu sekali
Jangan siram ke tanah @akar

Baja power ni sesuai untuk pokok bunga, buah-buahan dan sayuran. Jadi, bolehlah mencuba baja guna telur, yakut dan ajinomoto ni untuk tanaman kau orang juga.

Pokok cili, tomato, kunyit, pokok herba : seminggu sekali
Pokok mangga, kedondong, mulberi : setiap hari

kredit image & info : Cikgu Mohd Nor