Fuhhh..feeling good like I should bila dah berjaya blogwalking dan jejak balas beberapa blog. Banyak lagi tu nak kena jejaki. Sabar sabar...Tengah menyusun kerja yang sedia menanti ni bila lama bercuti. Terabai sungguh kerja design. Tak terkejar rasanya nak buat bermacam-macam kerja.

Takpe, kita follow the flow je lah. Berbalik kepada tajuk. Pernah makan ayam gulung tak? Ke pertama kali dengar ayam gulung. Atau kau orang panggil chicken roll? Popia ayam?

Tak ingat bila pertama kali makan ayam gulung ni. Terus suka dan terminat. Pernah beli dekat stall dalam KipMart. Apa nama entah stall tu. Mula mula beli RM2 satu cucuk ada 3pcs macam tu. 

Lepas tu naik harga RM2.50, memang tak berbaloi membeli yang dah siap goreng tu. Rugi! Lebih baik beli sebungkus ayam goreng frozen dan goreng sendiri. Puas hati makan.

Ayam gulung ni sedap. Isinya daging ayam, jagung, suhun, carrot dan lain-lain. Isi semua ni dibungkus dengan kulit tauhu. Kalau rajin boleh lah cari resepi ayam gulung kulit tauhu dan cuba sendiri.

Ini kalau goreng ni, makan tak pandang kiri kanan dah. Satu memang tak cukup!

Ayam Gulung CP

Ayam Gulung CP

Kenapa namanya ayam gulung CP? sebab produk keluaran kilang CP. Agak susah ye nak jumpa produk ayam gulung frozen ni. Ada brand lain yang kau orang pernah jumpa tak? 

Setakat ni kalau nak dapatkan ayam gulung CP ni boleh cari di Tesco. Mall lain tak pasti ada ke tidak. Kalau dekat dengan kilang CP, boleh beli terus dari CP Factory Outlet. 

CP Factory Outlet
Lorong Senawang 4/1,
Kawasan Perusahaan Senawang,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan