Tak move lagi ye entry resipi dan makanan. Ya, dan masih lagi cerita tentang popia. Saja bagi nama popia goreng kayangan sebab kaya dengan isinya. Bila buat sendiri, macam-macam kita boleh letak ikut selera sendiri. 

Dan letak sepadat mungkin intinya, barulah terasa nikmati sedap kuih popia goreng. Popia ni ada yang panggil popia gulung ada yang panggil popia sahaja. Ke ada nama lain lagi?

Nak buat kuih popia goreng pun ikut cara masing-masing. Ikut cara saya, lagi sedap tumis dulu dengan bawang putih dan bawang merah.

Ada juga yang terus letak fresh macam tu. Kenapa ye bila beli popia goreng mesti dapat popia yang hanya letak taugeh je? Lepas tu taugeh je seciput je. Ada yang sampai hangus pulak tu. 

Rasa dah banyak kali beli macam tu juga. Tempat berbeza-beza. Sudahlah harga kuih sekarang mahal. Sedih! 

Lama dah plan nak buat popia goreng ni. Sebelum ni macam mood rajin tu tak ada. Haritu dah buat popis, lepas tu pack kulit popia dah buka, kita pun rajinkanlah diri ini. Lapar pulak tu kan hujan petang-petang.

Resipi Popia Kayangan Kaya Inti dan Sambal Manis

Lalu merajinkan buat popia goreng. Kalau malas, berlapar lah jawabnya! Sambal manis dah siap-siap buat awal haritu. Senang nak makan dengan popia goreng atau tauhu sumbat.

Bahan-Bahan
Kulit popia ready made (saya guna jenama figo)
1 sudu besar tepung gandum bancuh dengan air (untuk dijadikan gam lekatkan bungkusan popia)
1 biji bawang merah (didadu)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
5 ekor udang (cincang)
3 batang kacang panjang (potong kecil)
1/2 batang carrot (disagat halus)
2 biji telur (scrambled eggs)
1/2 sudu serbuk pasti sedap/secukup rasa
Minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara-Cara buat popia goreng
1. Panaskan 2 sudu minyak masak, tumiskan bawang putih dan bawang merah.
2. Dah naik bau dan garing sikit, masukkan udang dan kemudian masukkan kacang panjang.
3. Bila hampir masak, baru masukkan scrambled eggs yang dah disiapkan awal-awal. 

Akhir sekali baru taburkan serbuk pasti sedap/secukup rasa. Angkat dan toskan guna penapis. Masa membungkus tu baru letak carrot yang disagat. Barulah fresh dan tak layu sangat.

Kalau masak sekali tadi dah kurang rangup carrot tu. Bungkus popia macam biasa dan gamkan guna bancuhan tepung.

Panaskan minyak untuk menggoreng dan masak dengan api yang perlahan. Takut hangus! Dah kekuningan tu dah kira masak dah tu. Angkat dan toskan minyak.

Kalau makanan bergoreng banyak minyak boleh rasa pening makan. Itu saya lah. Selain bahan-bahan di atas, kau orang boleh je letak bahan lain macam daun sup ke, kentang, taugeh, tauhu, isi ayam, sosej dan lain-lain.

baca juga : Resipi popia goreng dan sambal manis


Ikutkan ada taugeh baru nak buat. Tapi takpelah, ini pun dah kira mewah bahan-bahan dah. Resepi sambal manis pun senang je nak buat.

Cili kering dah buang biji, 2 ulas bawang putih, air asam jawa, gula dan garam. Blend halus dan masakkan atas dapur. Sambil tu kau orang adjust lah rasa dia. Nak tambah gula ke tambah air lagi ke.

Nah, begitu! Kenyang makan popia goreng buat menu makan petang dan selebihnya buat dinner.