Oleh kerana sejak akhir-akhir selera makan berkurang yang tak tahu entah kenapa. Tapi masak untuk husband okay je. Diri sendiri je kecelaruan dengan selera sendiri. Lepas tu bila beli maknan tak kena dengan tekak, nyesal pula tak masak sendiri.

Disebabkan itu, beralih arah kepada makan buah-buahan je lah. Kudapan yang lebih sihat orang kata. Kononnya nak beli rock melon sebab stok rock melon dah habis kat dalam peti ais.

Rock melon potong sesiap masuk peti ais. Bila makan sejuk sejuk tu lagilah bertambah sedap. Sejukkan badan bila musim panas katanya.

Tengok-tengok husband balik beli barang takde pun rock melon. Aduh, kecewa tau! Sudahlah stok jeruk mangga asam boi pun habis dah. Kena cari gak buah.

Cari punya cari jumpalah pembekal mangga lemak yang terdekat. Alhamdulillah rezeki dapat stok mangga lemak muda.

Mangga Lemak/Mangga Lemak Manis 

Mangga lemak juga dipanggil lemak manis. Kebanyakkan buah mangga lemak dibawa masuk dari negara Thailand. Buah mangga dari Thailand tak pernah tak sedap.

Mangga Lemak Manis

Mangga lemak mangga paling favourite. Sejenis mangga yang sedap di makan muda ataupun masak. Walaupun muda warna hijau tapi bila makan rangup betul. Sesuai sangat buat jeruk mangga asam boi.

Yang sedang masak tu, rangup-rangup manis sesuai dibuat kerabu mangga. Kerangupan dia tu tahan lama. Rasa mangga yang lemak manis bila bercampur dengan rencah kerabu tu buat lagi bertambah sedap. 

Nak kerabu mangga sedap, silalah guna buah mangga lemak. Buah mangga lemak bila dah masak, rasanya manis tak manis sangat. Walaupun tak seharum dan tak semanis harum manis, Fiza tetap pilih mangga lemak. 

Harga Buah Mangga Lemak

Harga buah mangga lemak bergantung pada pemborong dan penjual. Yang Fiza beli ni RM10/sekilo. 3kg RM28. Delivery charge RM2 sampai depan rumah. kalau pos tak pasti berapa harganya 

Kau orang boleh contact kakak ni 013-3308466 yang berdekatan area Seremban.

Terus Fiza beli 3kg terus balas dendam tak dapat rock melon. Senang bila 3kg terus buat stok buah kat rumah. Boleh buat kudapan dikala lapar. Dapatlah dalam 12 biji untuk 3 kg tu.

Mangga Lemak Manis

kira banyak jugalah Fiza dapat. Baru potong separuh (6biji) dah dapat 3 balang dah. Berbaloi sangat beli buah mangga dan buat jeruk mangga asam boi sendiri je. Jimat lagi lah. 

Kalau beli jeruk dah siap tu, 2 balang dah RM20 dah.

Sebelum ni membeli jeruk terus sebab susah nak jumpa buah mangga lemak ni. Ni dah jumpa pembekal buah mangga, senang lah sikit nak membeli.

Buah mangga lemak ni sedap di makan begitu saja. Tak buat jeruk mangga asam boi pun sedap okay. Potong sesiap masuk dalam bekas. Sesambil lalu kat peti ais tu amek sepotong.

Dah beli 3 kg tu, makanlah sampai puas hati. Cukup stok buah untuk seminggu dua ni.