Tajuk taknak kalah kan. Nak letak tajuk resepi rendang ayam, tajuk tu dah digunapakai dah sebelum ni. Macam tak best pulak nak guna tajuk yang sama. Makanya, kita buat tajuk macam ni je lah. Aci je lah kan. Hari ke lima belas ramadhan, sebelum masak tu mesti akan tanya suami nak masak apa hari ni. 

Suami kata, "masak rendang lah". Atas permintaan suami, kita pun merendang ayam lah masak awal sikit. Penangan resepi rendang ayam dengan kerisik haritu lah tu kan. Terasa-rasa kat tekak katanya. Puji melambung sangat ni. Sejak dah rasa terpandai sikit masak rendang ni, takde hal lah nak masak rendang bila-bila masa pun. 

kejadian rendang kali kedua bulan ramadhan 

Bagus juga lah dah pandai buat rendang sendiri. Raya nanti taklah rasa sedih sangat tak dapat balik kampung makan rendang, ketupat, lemang bagai tu. Semua boleh buat sendiri je di pagi raya nanti. Tapi kalau difikirkan sedih jugalah tak dapat makan rendang ayam negeri sembilan style mak mertua dan lemang abah buat.

Kalau ikut resepi rendang ayam negeri sembilan mak mertua kadang-kadang letak daun puding. Ikut style mak Fiza, resepi rendang ayam johor wajib letak kerisik dengan daun kunyit potong halus-halus tu. Cuma rendang ayam tok je lah jarang jumpa sebab tak ada sedara mara sebelah Perak nun. Sedap juga rendang tok ni. Tapi membuatnya belum lagi lah sebab nak masak rendang tok lagilah lama nak memasakanya kan.

Setiap negeri ada tradisi rendang masing-masing. Pada Fiza, kalau dah namanya rendang mesti semuanya sedap-sedap. Makan dengan lemang, ketupat, nasi impit di pagi raya memang lupa nak berhenti makan. Raya kali ni suasananya berbeza, kita kena masak sendiri juadah raya mana yang ada. Janji kita dapat raikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.

Haa tunggu apa lagi, dah boleh mula belajar masak rendang dari sekarang. Orang kata "Practise make perfect". Tak cuba mana mahunya dapat. Untung untung raya nanti dapat makan the perfect rendang. Tak gitu? Tengah musim PKP ni kiranya masa yang elok untuk belajar memasak menu yang kita tak pernah cuba lagi kan.