Bird's nest/Sarang burung walet adalah suplemen yang sangat popular untuk cantik dan sihat. Apa yang saya tahu, harga sarang burung di pasaran sangat mahal setanding dengan khasiatnya. 

Ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada kualiti dan kuantiti sarang burung dalam produk tu. Sebelum ni pernah viral minuman collagen sarang burung, ada yang pernah cuba tak? Saya pernah cuba juga yang tu. Then, baru-baru ni saya cuba Adore Bird's Nest pula.


ADORE BIRD'S NEST

Adore bird's nest antara produk suplemen sarang burung yang termurah di pasaran dan mengandungi 7% sarang burung. Didatangkan dalam pack botol 70g yang mudah di bawa dan lengkap dengan maklumat tentang sarang burung. Antara kandungan Adore bird's nest :
  • White Fungus
  • 7% Bird's Nest
  • Ginseng
  • Rock Sugar


KHASIAT SARANG BURUNG

Sarang burung walet ni sesuai untuk kanak-kanak, ibu hamil, wanita, lelaki dan warga emas. Pendek kata, sesuai untuk semua lapisan usia kecuali bayi lah. Khasiatnya juga berbeza untuk setiap lapisan usia.


KANAK-KANAK 3 TAHUN KE ATAS
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Menguatkan daya ingatan
  • Meningkatkan selera makan

WANITA
  • Menstabilkan hormon
  • Mengurangkan sakit senggugut semasa haid
  • Meningkatkan metabolisma
  • Meremajakan, mecantikkan, menenangkan dan mencerahkan kulit muka jika diambil secara konsisten.

LELAKI
  • Meningkatkan kesihatan tenaga dalaman
  • Membantu dapatkan tidur yang berkualiti
  • Mencantikkan dan mencerahkan wajah serta awet muda

IBU HAMIL
  • Menyihatkan ibu dan bayi semasa kehamilan
  • Meningkatkan stamina
  • Memberikan tubuh badan yang sihat dan kulit yang cantik
  • Menguatkan paru-paru bayi yang dikandung
  • Mengurangkan rasa sakit pada punggung semasa hamil
  • Mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin

WARGA EMAS
  • Mengurangkan sakit sendi
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan kekuatan fizikal dan daya ingatan
  • Mengandungi manfaat antioksidan yang penting untuk mencapai kesan anti penuaan
  • Mengurangkan kahak, menguatkan paru-paru dan buah pinggang


HALAL, SELAMAT DAN SEDAP

Adore Bird's Nest produk 100% bumiputera dan HALAL. Telah mendapat kelulusan GMP, HACCP dan juga Vetenarinary Inspected. So, selamat untuk diambil. Rasa dia memang sedap. Macam minum air kelapa dengan isi kelapa tu. Ikutkan tak cukup sebotol kecil tu sebab rasa dia sedap sangat. Tapi memadailah sebotol sehari. 


CARA PENGAMBILAN ADORE BIRD'S NEST

Goncang sebelum buka. Saya minum adore bird's nest waktu pagi sebelum sarapan sebab elok diambil ketika perut kosong. Boleh juga diambil sebelum tidur. Diingatkan, perlu habiskan dalam masa 24 jam selepas botol dibuka. Nak lagi sedap, simpan dalam peti ais dan minum ketika sejuk untuk rasa lagi sedap dan fresh. Cubalah!


3BOTOL RM20
Harga dia mampu lagi kalau nak cuba. 3 botol RM20.