Perasan sesuatu yang baru tak dalam blog saya ni. Kalau tak perasan buat-buat perasa je lah ye. Sekali lagi mengada-ngada gatal tangan tukar template blog baru. Sajalah ubah muka baru blog sebab template baru ni lebih nampak style layout dia berbanding yang lama. 

Disebabkan sayanak kelainan, haruslah memilih template ni dan bertukarlah muka baru blog Sihatimerahjambu ni yang lebih minimalist sebab lebih banyak penggunaan warna putih dan design lebih simple.

Ubah Muka Baru Blog
Kesemua label ada pada menu bar dan paparan by categories jadi paparan grid

Ubah Muka Baru Blog

Menu bar

Menu bar masih mengekalkan style yang lama jenis sticky dan kali ni saya gunakan warna putih sebagai background menu bar. Nampak lebih clean.

Header

Header tak bertukar masih gunakan design yang sebelum ni. Tapi kalau bertukar pun lepas ni akan gunakan konsep minimalist juga dengan tulisan je lah. Dah matang kan?

Sidebar

Sidebar masih lagi style yang sama cuma beza tulisan je lah kot.

Tema Warna

Tema warna masih lagi menggunakan tema warna template yang sebelum ni. Masih belum jumpa warna yang sesuai lagi. Mungkin warna ni lebih sesuai dan lebih mesra pembaca. Mungkin? Korang rasa okay ke tidak?

Tulisan

Disebabkan saya malas nak tukar tulisan bagai, saya gunakan je tulisan yang sedia ada dalam template tu. Cuma resize je tulisan mana yang perlu. Kalau kecil sangat nanti susah nak membaca kan.

Ubah Muka Baru Blog
Selepas

Bawah ni template lama yang menggunakan lebih warna berbanding yang baru kurang warna. So far suka dengan muka baru blog saya ni. 

Tapi yang tak bestnya bila dah bertukar template baru ni jenuh pula nak edit bermacam-macam. Bila check score SEO pun tak capai 100% lagi. Kalau template lama memang dah capai 100% score SEO

Alahaiii... Pening try and try tapi macam tu juga. Takpelah, rehatkan otak dulu. Esok lusa cuba lagi sampai berjaya. Itulah nak sangat tukar template. Padahal bukan tak tahu kesan akibat tukar template blog

Sebelum

Untuk pengetahuan korang, saya tak design template dah. Sekarang lebih senang guna ready made template download je yang lebih responsive dan mesra SEO katanya. 

Sejauh mana mesra SEO tu tak sure lah sebab tak semua template boleh score 100% kalau check. Tapi ada juga yang kata tak penting pun score 100% tu. 

Entahlah nak dengar maklumat yang mana satu. Yang penting kalau dapat capai 100% tu memang puas hati. Kan? Walau kata tak penting.