Rose Jepun atau juga di kenali sebagai nama bunga kembang 10 pagi. Mak kat kampung dah mula obses tanam pokok Rose jepun atau short form dengan nama RJ. Bunga RJ ni ada pelbagai jenis warna dan warna²nya memang menarik. Ada pelbagai tones warna dalam sekuntum bunga. Contohnya macam dalam gambar bawah ni. 

Hasil tanaman mak Fiza kat kampung. Baru je mula tanam ni. Siap ada pacak tiang dahan² pokok lagi gantung RJ ni. Nanti Fiza share full view kalau bunganya dah banyak okay. Decoration Hasil idea mak yang direalisasikan oleh abah siapkan dahan² untuk gantung RJ ni.

rose-jepun

Yang warna kuning tu pun cantik juga. Ada juga warna putih yang mak tanam. Teringin juga nak tanam tapi tengok dululah. Kalau pokok mudah mati malas Fiza nak tanam.. Kalau nak lebih cantik , tanam dalam satu pasu yang besar dan campur dengan pelbagai jenis warna. Sure lebih cantik.