Percutian 3Hari 2 malam, kamiorang stay di Aisy Homestay Kulim, Kedah sebab berdekatan dengan rumah kenduri kahwin yang kamiorang nak pergi. Plus, homestay yang sesuai untuk kami satu family. Lagipun nak stay 2 malam kan. Haruslah pilih homestay lebih bajet asalkan selesa.
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Ayris Homestay ialah :
  • 3 Bilik tidur
  • 2 Bilik air
  • 3 Penghawa dingin (air-cond)
  • TV Flat screen 32 inci
  • Astro full channel (24 jam)
  • Akses kepada wifi (24 jam)
  • Pancuran air panas (Water heater)
  • Tempat memasak nasi (rice cooker) dan pembakar roti
  • Peti sejuk dan penapis air
  • Anjung kereta (boleh muat 2 kereta)
  • Laman tepi yang luas untuk kanak-kanak bermain (rumah semi-D)
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay
ayris-homestay-kulim-kedah
Sumber gambar dari Ayris Homestay

Homestay yang boleh dikatakan strategik sebab banyak kemudahan kat sini. Tak perlu risau nak beli apepun atau makan. Antara kemudahan dan tempat-tempat menarik yang ada di sini ialah-
  • Pasaraya Giant Kulim (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Pusat Bowling (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Karaoke (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Panggung wayang (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Old Town Coffee (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Secret Recipe (4 minit dari Ayris Homestay)
  • Tune Hotel (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Kedai makanan segera KFC, McDonalds, Pizza Hut & Domino's Pizza (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Stesen minyak Petronas (2 minit dari Ayris Homestay)
  • Tutti Frutti (3 minit dari Ayris Homestay)
  • Pasaraya Tesco Kulim (5 minit dari Ayris Homestay)
  • Ke bandar Kulim (5 minit dari Ayris Homestay)
  • Ke Pulau Pinang (40 minit dari Ayris Homestay)
Maklumat tu dari blog Ayris Homestay, so tak perlu Fiza create ayat lagi kan. hehe. Cuma nak review sikit je la. Ayris Homestay memang luas dan selesa. Sesuai untuk kalau family ramai dan ada 3 bilik lengkap dengan setiap bilik ada air cond. Cuma bila bersilih ganti check in check out, owner sepatutnya lebih mementingkan keselesaan dari kerbersihan. Sebelum tetamu baru masuk, make sure owner bersihkan dahulu supaya takdela hilang mood bercuti.

Then, channel TV tersangkut²  sebab guna internet data yang slow. Harap boleh upgrade kepada speed lebih laju. Takde rugi mana yang penting tetamu happy bila bercuti tu kan. Tapi Kalau jenis yang stay untuk tidur je takde masalah kot. 

So far tu je la komen yang tak best dari Fiza. Yang lain semua so far baguslah. Harga pun boleh nego dan murah kira okay lagi. Nak deal pun senang. So harap entry ni boleh membantu mereka yang nak bercuti dan stay di Ayris Homestay.


Notapink : First time sebenarnya stay homestay.