Beberapa hari lagi genap 2 tahun usia perkahwinan Fiza dan husband. Macam cepat je dah 2 tahun. So tengah mencari idea untuk sambut ulang tahun perkahwinan kedua ni. Sesiapa yang banyak idea tu mehla sikit idea bagi kat Fiza ni.

Tahun lepas cuma dinner je kat luar. Simple je. Lepak dan bersantai mengopi sekali kat Burgerbyte berdua. Takde candle light dinner bagai. Ni gaya santai kami berdua.

idea-sambut-ulang-tahun-perkahwinan

Sebenarnya dah plan sesuatu tapi tak dapat buat sebab tak kena masa. So terpaksa cancel. Itupun terpaksa postpone plan bulan depan. Itupun kalau jadilah. Terkilan sikit, tapi takpelah mungkin ada sesuatu yang lebih baik kan. Setelah menggunakan perkhidmatan Encik Google. Inilah idea² yang ada

1. Candle light dinner
2. Bagi hadiah
3. Honeymoon again
4. Buat aktiviti untuk mengimbas kembali kenangan lama bersama
5. Tengok wayang. 
6. Bersiar² bersama
7. Melalukan pelbagai aktiviti bersama² sepanjang hari.
8. Lagi special kalau masak sendiri untuk dinner bersama.
9. Photoshoot

Erm.. blur kejap. Apa lagi ye? Kalau ada idea lagi boleh drop kat kotak komen ye. Idea korang sangatlah Fiza hargai. Sambut annyversary untuk kenangan dan mengingati sejarah perkahwinan sendiri. Lebih bertambah sayang walaupun hari² sayang. Kita tambahkan lagi sayang tu. Bertambah manis semanis kurma.