Peringatan untuk diri dan untuk blogger yang rajin buat contest, giveaway dan segmen. Memang seronok buat contest, giveaway dan segmen ni sebab selain berkongsi rezeki yang ada dapat jugak menambahkan rakan blogger serta menaikkan traffic blog. Akan tetapi bukan sekadar hanya buat contest dan semua tu tapi kita perlu BERTANGGUNGJAWAB menganjurkannya walaupun kadang² hadiah tu di sponsor oleh orang lain.
Iklan kejap : Dapatkan hadiah Jam Dinding dan Lampu IKEA untuk TOP3 Komentator Julai & Ogos.
Sebelum buat sesuatu contest tu seeloknya plan sebaik mungkin dan bukan terus main buat dan kemudian tukar² syarat selepas diadakan. Jadi tak proper dan berterabur dan kemudiannya timbul masalah ada yang tak follow sponsor disebabkan tak follow up yang penganjur update.

Pastikan masa contest mengikut jadual yang ditetapkan. Kalau sibuk, manage masa sebaiknya untuk contest yang dianjurkan. Bila dah plan elok semuanya barulah semuanya akan berjalan dengan baik.

Sebenarnya contest giveaway semua ni, untungnya bukan dari sebelah pihak je. Kedua² pihak sebenarnya. Walaupun ada yang tidak menang tapi faedah bertambah followers, likers dan traffic tu ada sekurang²nya. Kalau menang itu bonus.

Memang tak dinafikan faedahnya lebih kepada penganjur akan tetapi itulah yang sepatutnya dapat sebab dari awal sampai habis memang penganjur yang kena uruskan. Kira rewards kepada penganjur lah kan.

Tapi ada juga penganjur yang TAMAK sebab lepas keputusan di umumkan, pemenang dah bagi details tapi penganjur terus senyap sepi. Kat blog lansung tak berupdate sehingga ke hari ni. Kalau busy sekalipun boleh letak notis kat blog. Orang lain boleh faham kot rasanya. Ini tak, senyap terus. Kes macam ni Fiza dah terkena 2 kali dah. Malas pulak nak pergi mintak untuk kali kedua walaupun itu hak kita. Senyap terus sehingga ke hari ni. Bukan rezeki Fiza kot.

Ada juga yang Fiza mintak hadiah kali kedua tapi dia terus sepi tak reply email lansung tapi tengok blog berupdate pulak. Kalau malas nak layan kenapa anjurkan contest? Untuk suka² ye? Lepas tu Fiza pun senyap je la. Kalau busy sekalipun boleh inform pemenang kot kan bukan terus senyap. Nanti kata pemenang tak sabar pulak..haihhh? Tak faham sungguh!

Kemudian ada juga yang penganjur yang kata hadiahnya dah pos tapi tak sampai² juga. Kemudian Fiza tanya pemenang lain, tak dapat juga. Bila dia tanya penganjur. Dah pos juga katanya. Disebabkan pos biasa so tak dapatlah nak trace kat mana. Itu tak tahu lah mana silapnya. Tapi Fiza anggap takde rezeki jugalah. So let it go~

Dan paling tak best bila penganjur Contest buat contest lepas tu sampai dah tamat pun masih tak berupdate blog tu sampai ramai yang dok tanya, bila nak umumkan pemenang? Tapi masih takde jawapan.. Pelik betul la..Ini namanya penganjur terus senyap.

Janganlah kata pemenang ni tak sabar, terhegeh² dan mengharap sangat hadiah tu. Tapi dah itu pemenang punya hak kan? So kenalah adil.

Macam² jenis penganjur yang Fiza pernah ada pengalaman sepanjang join contest, giveaway dan segmen ni. Itu pengalaman Fiza sebagai peserta la.

Bila Fiza menganjurkan contest, giveaway dan segmen ni ada juga pemenang tak redeem hadiah, dah letih dah email dan komen kat blog. Tapi dia masih tak beri respon. Tak nak hadiah kot kan? Kalau Fiza ada berhutang hadiah tu mana yang ingat tu mehlah contact Fiza ye. Mana yang Fiza pernah sponsor tapi pemenang tak tuntut hadiah kat penganjur, silalah tuntut hadiah kalau masih berminat.

Dan jadi penganjur ni sebolehnya poslah hadiah sendiri sebab dulu Fiza pernah suruh kawan pos tapi dia tak pos sudahnya hadiah entah kemana dan terpaksa ganti hadiah baru. Kesian pemenang dapat hadiah lambat.

So kesimpulannya, nak buat sebarang contest, giveaway dan segmen ni kenalah tahu peranan masing² sebagai penganjur, sponsor dan juga peserta. Elakkan menipu dan rasa ditipu. Maaf andai terasa, sekadar berkongsi pendapat. Jangan kecam Fiza pulak. Bukan nak tunjuk bagus tapi tunjuk pengalaman supaya orang lain pun boleh beri pendapat dan beringat²lah kita.

Opsss.. Sorry panjang pulak bebelan petang ni. Bila dah teringat dan ada idea terus menaip. ^__^