Lagi seminggu lebih kita bakal menyambut Hari Raya kan. Sebelum tu kenalah buat persediaan untuk balik ke kampung terutamanya servis kereta sebelum raya. Penting sangat untuk kita pastikan kenderaan yang kita naiki dalam keadaan baik untuk pulang ke kampung dan beraya nanti.

Bila kenderaan dah diservis, dapat mengelakkan dari masalah kerosakan di tengah jalan, kemalangan dan sebagainya. Sekaligus dapat mengurangkan jammed sebab selalunya jammed juga berpunca dari kenderaan rosak di tengah jalan.

Kalau nak balik ke kampung dengan lancar sebelum pulang beraya, kenalah servis kereta sebelum balik kampung atau sebelum raya. Selain itu, rancang perjalanan balik kampung dalam masa yang terbaik untuk elakkan jammed.

Alhamdulillah semalam husband dah settle servis kereta. Habis juga dalam RM1++. Bab servis kereta ni memang sentiasa ikut mileage yang ditetapkan. InshaAllah kalau maintenance kereta dijaga mesti kereta terjaga dalam tempoh masa yang lama. Kalau tahu guna je tapi tak check, tak maintain memang asyik² rosak je la. Sekali rosak memang habis duit banyak. So jagalah kenderaan yang ada dengan sebaik mungkin.

Dah settle servis, perodua staff bagi gift sempena raya. Dapatlah sampul duit raya dan kuih raya ni. Rezeki servis kereta di musim perayaan.

servis-kereta-sebelum-raya

Kalau belum servis kereta tu, pergi servis cepat² dan make sure macam biasa buatlah appointment dulu. Kalau walk in memang jenuh la nak menunggu turn kalau ramai.