Nak beli barang lain ternampak pulak Key Cabinet yang comel ni. Bukan Fiza je tergoda, husband pun sama! Memang sepadanlah kan dua orang laki bini ni. Apa lagi, husband pulak yang beria² nak beli. Fiza okay je..hehe

Dapatlah beli key cabinet ni yang lebih sistematik simpan segala kunci. Sebelum ni gantung biasa je. Sekarang upgrade dalam cabinet kunci ni je. Kalau bersepah pun tak nampak. Sedap mata memandang. Lagipun senang semua kunci kat sini je. Tak perlu nak mencari². Siapa suka deko rumah haruslah ada key cabinet ni untuk nampak lagi kemas dan sistematik.

key-cabinet-yang-lebih-sistematik

Key cabinet ni material dia besi. So lebih tahan lama, mudah buka tutup untuk ambil dan simpan kunci. Dalam dia pun banyak tempat gantung kunci. Comel pun comel. Boleh letak fridge magnet kat luar tu untuk nampak lagi menarik. Cuma ada satu je pilihan warna iaitu hitam.

key-cabinet-yang-lebih-sistematik

Alang² tergoda terus beli sebab harga IKEA family RM16.90 dari harga biasa RM25.90. Jimat RM9 tu. Memang grab teruslah kan. Boleh dapatkan di IKEA ye sementara stok masih ada.