Membuat persiapan raya adalah sebagai tanda meraikan kejayaan melawan hawa nafsu selama sebulan berpuasa di dalam bulan ramadhan. Walaubagaimanapun tuntutan agama itu perlu dilaksanakan dalam keadaan yang bersederhana dan tidak membebankan.

Apa yang kita nampak zaman sekarang asal nak raya je semua nak tukar baru sampai ada yang sanggup berhutang dek kerana mengikut hawa nafsu sangat tanpa sedar yang sepatutnya kita perlu elakkan berhutang bukan sahaja di dalam bulan ramadhan untuk persiapan raya malah untuk hari hari mendatang juga.
Elakkan Berhutang

Perbuatan berhutang sekaligus tidak mencerminkan kejayaan latihan amalan kawalan nafsu di bulan ramadhan. Ini membuktikan bahawa puasa yang dilakukan sebulan masih belum berjaya menundukkan hawa nafsu itu. Hari raya adalah tanda kesyukuran, melahirkan perasaan gembira, membentuk semangat persaudaraan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Dan bukanlah hari untuk menunjuk² dan berlebihan.

Apepun adalah lebih baik jika dapat mengelakkan diri daripada berhutang. Amalan berhutang banyak mendatangkan keburukan jika tidak dikawal dan tidak berhati-hati.

Sabda Rasulullah SAW: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan risau dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat takut dan lokek, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.” (Riwayat Abu Daud)