Bulan ramadhan merupakan bulan rahmat di mana bulan ramadhan datang setahun sekali dan ia adalah sebaik² bulan, bulan penuh keberkatan, pengajaran, dan dapat melahirkan insan yg bertakwa seandainya betul² menghayatinya dengan sungguh-sungguh. 

Bulan ramadhan bakal berakhir beberapa hari lagi, sebaiknya kita hayati bulan ramadhan kali ini dengan amalan² sepatutnya dan lebih memberi makna.
Credit image : Rusydee Artz
Jika ramadhan kali ni kita banyak melakukan amalan² kebaikan, Ambillah manfaat darinya dengan berazam dan beramal supaya akan datang kita akan menjadi lebih baik dan sentiasa mengingati Allah SWT.

Untuk itu selagi masih di dalam bulan ramadhan ini, sematkan tekad dan azam yang teguh untuk memenuhi dan memaksimakan masa di bulan Ramadhan dengan amalan² kebaikan. Ramadhan ni tanamkan azam untuk meninggalkan noda dan dosa serta bertaubat dengan sebenar²nya daripada semua keburukan, menyesal dan tidak mengulanginya semula. 

Ramadhan adalah bulan taubat. Jika tidak bertaubat pada bulan ini bila lagi mahu bertaubat? Jadikan bulan ramadhan kali sebagai titik permulaan untuk kita berubah ke arah yang lebih baik.