Amboii tahulah cuti janganlah ambil peluang untuk memperbanyakkan tidur tapi sepatutnya kita perlu mengurangkan waktu tidur dalam bulan Ramadhan ni. Kalau asyik tidur, tidur dan tidur mana nak datangnya pahala ibadah yang sepatutnya masa tidur tu kita boleh buat amal ibadah yang lain.

Tahulah penat tapi itu bukan alasan untuk kita tidur di siang hari pada bulan Ramadhan. Tak dinafikan kalau dah tertidur confirm ada yang terbabas. Terlepas waktu solat terutamanya. Dah tambah dosa pulak sedangkan bulan ramadhan waktu yang terbaik untuk kita tambah puasa. Kalau dah tidur je, mana pengisian ramadhannya kan. Fikirkanlah...
mengurangkan-waktu-tidur
Sumber gambar dari google
Sedangkan Rasulullah SAW mengurangkan waktu tidurnya yang memang sangat sedikit itu untuk memperbanyak ibadah.
Khalifah Umar bin Khattab pernah mengingatkan
“Sekiranya kamu tidur (banyak) siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat (masyarakat); jika kamu tidur (banyak) malam, kamu melalaikan hak Allah.” 
Oleh kerana itu haruslah kita mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika bukan sepanjang hari. Serta elakkan dari tidur selepas sahur dan selepas solat subuh. Sama²lah kita beringat.