Orang lain sibuk dengan kuih raya tapi lain pulak persiapan raya Fiza ni. Lebih kepada kekacang raya dan kerepek raya. Cadangnya nanti cuma nak buat popia nestum dan cornflakes madu je la. Itupun last minit nanti lah kot. Baru semangat nak raya gitu.

Buat masa ni siapkan stok kekacang raya dulu sebab kekacang dan kerepek ni boleh simpan lama sikit dari kuih raya. Lagipun kuih raya jarang orang makan banyak. Sebab biasanya kalau tetamu datang hidangkan makanan berat sikit. Lagi² tetamu jauh tu. Tak kan datang nak makan kuih je kan. 

kekacang-raya

Lepas dah makan berat² tu bolehlah bersantai bersembang makan kerepek/kekacang. Mesti cepat habis. Takdelah sampai habis raya pun masih ada lagi.

Pada Fiza, ikut  bajet masing²  dan cara masing². Kalau family berdua je ni memang tak buat banyak pun sebab sudahnya bawak balik kampung je nanti. Lagipun raya tahun lepas takde budak² datang beraya pun sebab kamiorang jarang ada kat rumah, balik beraya dengan family. 

Asal ada kuih raya satu dua tu dah memadai kan. Bermakna juga raya tu. Bukan tak nak membeli tapi biarlah apa yang ada sahaja. Korang pulak buat kuih ape?