Blogger buat duit online dengan mudah. Siapa sangka profession seorang 'blogger' mampu buat duit online dengan hanya berblogging. Jangan sesekali anggap blogger ni hanya membuang masa menulis di blog. 

Tapi bila dah mula menjadi seorang blogger secara part time atau full time korang akan merasa betapa bertuahnya menjadi seorang blogger. 

Mungkin ada yang menjadi blogger untuk sekadar hobi menulis atau berkongsi pengalaman hidup atau cerita yang menarik untuk dikongsikan dengan pembaca. 

Tapi tak salah kalau sekiranya hobi menulis tu boleh disambilkan dengan buat duit online sebagai pendapatan juga. Atau ada yang betul² nak buat duit online dengan menjadi seorang blogger.

Sebagai seorang surirumah yang tidak bekerja diluar tidak semestinya tiada pendapatan sendiri. Dengan menjadi blogger lah saya dapat buat duit dan tambah duit poket sendiri untuk perbelanjaan di samping dapat bantu tambahkan pendapatan suami juga.

Nak tahu caranya? Saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri bagaimana blogger buat duit online.
 

Blogger buat duit online

1. Contest/giveaway Blogger

 
Blogger buat duit online

Ini cara paling mudah untuk seorang blogger buat duit online. Hanya perlu menyertai contest/giveaway yang menawarkan duit cash dianjurkan oleh blogger. Mana tahu ada rezeki lagipun nak masuk contest tak perlukan modal. 

Cuma bermodalkan penulisan entry sahaja. Ye, memang mudah. Antara contest terbaru yang saya join yang menawarkan hadiah wang tunai adalah :
  • Cabaran Terakhir iPhone 5s : http://denaihati.com/cabaran-terakhir-iphone-5s
Alhamdulillah setakat ni pernah dapat sebanyak dapat RM700 untuk satu contest, pemenang utama contest kembara kemboja : https://www.azhafizah.com/2014/03/pemenang-pertama-contest-kembara-kemboja.html


2. Meletakkan Banner Iklan di Blog

Blogger buat duit online

a. Banner Iklan dari Syarikat Pengiklanan.

Meletakkan banner iklan di blog sendiri adalah cara buat duit online yang sangat mudah yang selalu seorang blogger buat tidak kira blogger baru atau blogger lama. Iklan iklan ni adalah dari Syarikat pengiklanan yang besar. Banner iklan  yang diletakkan seperti Nuffnang, Churp churp, 8 share, blingd, H12 Media Ads, Adsense, komli, Exabytes dan banyak lagi.

Dengan cara ini blogger akan mendapat duit secara konsisten jika tahu caranya dan untuk meletakkan banner iklan di blog perlu mendaftar terlebih dahulu. Pembayaran akan dibuat melalui penghantaran cek.
  • Daftar H12 Media Advertising dan Jana Pendapatan : http://www.azhafizah.com/2014/02/daftar-h12-media-advertising-dan-jana.html
Buat masa ni masih setia bersama Nuffnang dan dah cash out sebanyak 4 kali dan H-12 Ads hanya sekali disebabkan tiada lagi banner H-12 Ads di blog ni. Walau apepun pilihan kita, kita kena pilih banner iklan yang bersesuaian dengan blog kita dan meletakkan iklan secara tersusun supaya tidak mengganggu pembacaan entry.

  • Cash out Nuffnang kali pertama
  • Cash out Nuffnang kali ketiga
  • Cash out Nuffnang kali ke empat
  • Cash Out H-12 Ads

b. Membuat Tawaran Sewa tapak Iklan

Cara ni sama seperti di atas tapi banner iklan yang diletakkan adalah banner iklan sewaan dari mereka yang ingin menyewa tapak iklan bagi mempromosikan blog atau perniagaan di blog kita dan bayaran selalunya akan dibuat secara bulanan. 

Secara tak lansungnya setiap bulan akan dapat pendapatan secara konsisten juga. Harga pula bergantung kepada kita nak letakkan berapa berdasarkan kualiti nilai blog itu sendiri. Setiap pengiklanan di blog adalah berbeza harganya mengikut tapak kedudukan iklan tersebut di blog.

Di Blog saya, saya buat iklan untuk diri sendiri je iklan untuk program affiliate dan iklan perniagaan sendiri :) .Ini untuk keuntungan diri sendiri jugak. Kalau nak tawarkan tempat iklan untuk blogger lain pun boleh. Tiada masalah.

3. Program Affiliate


Blogger buat duit online

Program Affiliate ni tidak menggunakan modal juga tapi boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan dengan mudah. Affilliate bukanlah program Multi Level Marketing (MLM) tapi affiliate ni adalah komisyen bagi setiap jualan yang terhasil dari blog kita. maksudnya jualan yang terjual daripada link kita.

Walaupun ianya mudah tapi kenalah menulis dengan teknik dan strategi yang betul untuk menghasilkan pendapatan yang banyak. Nampak berbaloi kan dengan hanya menulis blog kita mampu buat duit sendiri. Nak tahu lebih lanjut klik link di bawah yang saya dah kongsikan sebelum ini.
  • Buat Duit dengan Affiliate : https://www.azhafizah.com/2014/10/buat-duit-dengan-affiliate.html
  • Dapatkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu sekarang
Untuk program affiliate ni Alhamdulillah dah dua kali cashout.

Blogger buat duit online

4. Produk Review/Advertorial

Blogger juga buat duit dengan menawarkan perkhidmatan produk review dan advertorial di blog. Jika dapat peluang untuk buat produk review dan advertorial boleh dikatakan satu bonus untuk seorang blogger. 

Untung untung  boleh dapat produk sekali untuk di cuba selain dapat wang tunai. Sangat berbaloi sekali. Jika pelanggan berpuas hati dan yakin dengan hasil penulisan kita, InshaAllah akan ada peluang untuk review produk yang lain pula. 

Cara penulisan review produk/advertorial pula mestilah mengikut kehendak pelanggan. Cara saya menulis untuk produk review/advertorial boleh klik label atau cari keywords beauty, health, healthcare, supplement dan keyword yang berkaitan.

5. Berniaga

Berniaga adalah satu cara terbaik untuk buat duit online sebabnya ia merupakan cara pemasaran terbaik apabila di paparkan di blog. Ia bersifat jangka masa panjang dan akan menjanjikan penjualan yang sentiasa ada. 

Kenapa? sebab pengguna lebih suka menggunakan perkhidmatan google untuk mencari/membeli sesuatu. Betul tak?

Oleh sebab itu perlunya kita belajar cara penulisan yang betul untuk mengekalkan link blog kita di muka pertama google page yang boleh memudahkan pengguna klik link blog kita dahulu dari yang lainnya. Ini akan menambahkan potensi kenaikan penjualan dalam perniagaan kita.

Antara perniagaan yang saya buat adalah menjual produk seperti glitter wide shawl, tudung bawal, brooch bunga, produk kecantikan dan kesihatan.

Lagi satu perniagaan yang saya buat adalah perkhidmatan 'Graphic Design' yang setakat ni saya dah siapkan portfolio untuk lebih memudahkan tempahan. 

Dengan adanya kelebihan ini dapat juga seorang blogger buat duit online dan membantu blogger yang lain untuk lebih bersemangat berblogging bila blog cantik dan kemas. 

Tempahan Graphic Design


Blogger buat duit online

Dah buat perniagaan ni kenalah mendaftar SSM. Dari pengalaman saya, ternyata blogger boleh buat duit online dan perlu gunakan cara yang betul. Kemahiran menulis itu perlu ada juga supaya pembaca dan pelanggan lebih yakin dengan potensi blog kita.

Untuk buat duit online dan dapatkan pendapatan yang lumayan perlulah berusaha lebih walau ianya nampak mudah. Sebenarnya banyak cara lagi buat duit online tapi saya share dari pengalaman yang saya ada. Semoga ianya membantu blogger yang lain juga.

Harap ada rezeki dalam Cabaran Terakhir iPhone 5s ni.

Penaja Utama
http://amariman.com

Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org
  24. Japan Budget Trip