Dua hari lepas memang tak sempat nak online sangat. Sibuk katanya! Bila stay dikampung memang tak kuasa lah nak update blog bagai. Kann...

Sepertia yang dirancang, saya dengan encik suami pergi memanjakan diri di Gadek Hot Spring. Meluangkan masa mandi berendam dalam air panas sesekali.

Alang-alang nak balik Segamat pergi kenduri kahwin, jomlah kita singgah Air Panas Gadek kejap. Dapat juga healing seketika. 

Kami gerak dari Seremban lebih kurang jam 9.00 malam dan sampai jam 10.00 lebih kurang macam tu. FYI, Hot Spring ni bukak 24jam. Jadi, tak kalut lah nak pergi jam berapa pun.
 

Saya kongsikan beberapa keping gambar disekitar  Gadek Hot Spring. Wap-wap pun tandanya air panas lah tu.

Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Ada banyak jenis kolam yang disediakan. Ada yang dalam ada yang cetek. Ada untuk dewasa dan ada juga untuk kanak-kanak. Tahap kepanasan air pun berbeza kalau tak silap. Pilih je mana yang kau orang rasa selesa nak berendam. 

Mula-mula masuk terkejut air panas. Rasa nak melecur pun ye. Tapi bila dah lama masuk dalam air, barulah dapat menyesuaikan badan dalam air.

  Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Lebih kurang sejam kami berendam. Tak lama pun. Di sini disediakan juga bilik air untuk mandi dan salin baju. Kemudahan lengkap. Terbaik!
 
Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Lepas mandi terasa segar betul. Dalam segar-segat tu ada rasa mual dan pening. Tak biasa mandi air panas mungkin. Dia rasa nak lelap je. Memang begitu kot lepas mandi air panas, dapat tidur terus memang syok lah. Barulah betul-betul memanjakan diri.


Untuk korang yang nak pergi ke Gadek Hot Spring, boleh rujuk map di bawah.

Memanjakan diri di Gadek Hot Spring

Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek

Terletak di antara jalan utama Alor Gajah - Tampin kira-kira 30 KM dari Pusat Bandaraya Melaka. Buka 24 jam sehari dan boleh merancang waktu perjalanan untuk datang pada bila-bila masa sahaja.

Khasiat air panas semulajadi

Khasiat air panas semulajadi yang terdapat di Pusat Pelancongan & Rekreasi Air Panas Gadek melalui kajian saintifik dipercayai boleh dijadikan sebagai perubatan alternatif secara alami bagi merawat pelbagai jenis penyakit apabila dilakukan secara teratur dan berterusan. 

Sumber air panas semulajadi disini mempunyai suhu purata 56 darjah celcius dan purata aliran 5.4 liter sesaat.

Air panas semulajadi ini mengandungi karbon dioksida (CO2) dan mengeluarkan buih-buih yang mengandungi hydrogen sulfide (H2S). Oleh kerana itulah terdapatnya sulfur semulajadi didalam kolam sumber utama dan dipercayai baik untuk kesihatan terutamanya mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit.

Selain baik untuk mengubati sakit yang berkaitan dengan kulit, air panas semulajadi ini juga dipercayai dapat membantu pengunjung yang mengalami sakit sendi tulang dan membantu melancarkan perjalanan darah didalam badan.

Antara kelebihan mandi air panas semulajadi

  • Memberi ketenangan kepada tubuh badan.dan membantu mengurangkan stress.
  • Membuka pori-pori diwajah dan liang roma sekaligus membantu penyingkiran toksin.
  • Melegakan ketegangan otot kesan daripada aktiviti harian.
  • Meransang kadar metabolisma dalam badan.

Amalan mandi air panas semulajadi secara teratur juga dipercayai dapat membantu menstabilkan sistem endokrin dan sistem saraf dalam badan. 

Bayaran masuk 

DEWASA : RM 5.00
KANAK-KANAK (6 tahun -12 tahun) : RM 3.00
*Kanak-kanak umur 5 Tahun dan kebawah PERCUMA

sumber maklumat : Air Panas Gadek