Dua tiga hari ni macam suram pulak dunia blogging ni. Ke saya je yang rasa macam tu? Atau mungkin semua orang sibuk jarang update sekarang ni.

Sesibuk mana pun, saya masih update macam biasa. Almaklumlah semenjak jadi full time housewife ni, banyak masa terluang. Boleh tukar status jadi full time blogger lah nampaknya. Kann...

Baiklah, tiba masanya untuk review guestbook Wedding saya yang dah berlalu pergi. Sebenarnya last minit buat guestbook ni. Nak tempah memang tak sempatlah cerita dia.

DIY sikit sikit je pun. Dekorasi mana yang ada. Tulisan print sendiri. Dah siap!

Review/DIY :Guestbook Wedding Azhafizah

Saya gunakan buku jenis hard cover yang memang sesuai untuk buat guestbook. Saiz buku comel je A5, iaitu separuh kertas A4.

Review/DIY :Guestbook Wedding Azhafizah

Letak sekali Guestbook dengan photoprops. Lupa pulak nak snap full decoration table untuk photobooth ni. Dah kalut tak ingat apa dah.

Review/DIY :Guestbook Wedding Azhafizah

Guestbook ni saya buat satu je untuk majlis sebelah saya dan sebelah husband. Sekalikan je senang. Tak payah banyak fikir. 

Korang yang kreatif dan banyak masa tu bolehlah DIY je. Kalau tak ada masa atau ada bajet lebih, boleh order je. Ikut mana yang mudah dan ikut bajet masing masing. 

Terima kasih kawan kawna dan tetamu yang sudi menulis sesuatu dalam buku ni.