Sabtu lepas pergi majlis perkahwinan ex-classmate di Sri menanti, Kuala Pilah. Lepas tu kami singgah pula di Ice Room Bangi. Ok, ni nak cerita pasal baju pula. Sejak dah ada personal tailor ni kerjanya asyik nak buat baju je la. Pantang nampak baju yang cantik, cepat-cepat beli kain hantar jahit.

Ini lah hasilnya lepas dah siap. Hari khamis dia pos, hari jumaat sampai. Fuhh~ Mujur sempat sampai. So dapatlah pakai baju ni pergi kenduri kahwin tu.

Baju kurung moden/Peplum sisik ikan

Gambar dengan pengantin 2 keping je dan tak terang. Nak ambil gambar banyak dengan pengantin pun pengantin sibuk macam biasa. Ramai tetamu yang perlu di layan. Jadi kita pun faham lah.

Sebelum balik sempat juga singgah di Istana sri menanti. Agak lama juga tak singgah di sini. Lepas ni bakal jadi orang pilah dah kita wak.
 
Bunga kat bahu tu saya terpaksa buang walau comel sebab pakai tudung tak nampak sudah. Kalau tak buang nanti nampak kembung bawah tudung tu. Jadi, lebih baik kita buang lebih bagus.

Inilah sumber inspirasi baju yang saya pakai tu. Baju kurung moden/Peplum sisik ikan. Kemudian direalisasikan oleh personal tailor saya yang juga tukang jahit baju pertunangan saya hari tu. Terima kasih my ex-dormate! You know who you are.

Baju kurung moden/Peplum sisik ikan



Thanks BLVT jadi sumber inspirasi. Baju di jahit kemas dan comel sangat!