Sebut je nasi minyak pasti teringat nasi minyak pengantin. Bila musim cuti sekolah, memang banyak jemputan kenduri kahwin. Rezeki dapat makan nasi minyak pengantin setiap minggu kalau ada jemputan.
Nasi minyak - ناسي ميڽق
Hidangan nusantara berasal daripada nasi masakan Palembang yang dimasak dengan menggunakan minyak sapi dan rempah-rempah khas.

Apakah Maksud Nasi Minyak?

Hidangan nasi minyak dikatakan asalnya dari Kota Palembang, ibu kota Sumatera Selatan. Ada kalanya dipanggil juga dengan nama nasi minyak Palembang.

Nasi minyak dipengaruhi oleh masakan dari India dan Timur Tengah kerana penggunaan minyak sapi dan juga rempah ratus tertentu seperti buah pelaga, bunga lawan, bunga cengkih, jintan, kayu manis, bawang merah, bawang putih, serbuk kari dan sebagainya.

Di Palembang, hidangan nasi minyak merupakan hidangan tradisional ketika musim perayaan atau acara tertentu. Sesetengah masjid di Palembang menyediakan nasi minyak percuma selepas solat Jumaat.

Manakala di Selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura, nasi minyak dihidangkan semasa majlis perkahwinan. 

Berbeza pula di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pattani, Selatan Thailand yang menganggap nasi minyak adalah hidangan biasa yang dihidangkan untuk sarapan pagi atau pada bila-bila masa tidak terhad kepada majlis tertentu sahaja.

Harap jelas dengan penerangan maksud nasi minyak yang dicari oleh seseorang. Terperasan keyword ni dari cariaan keyword di nuffnang.

Keyword Nuffnang Carian Maksud Nasi Minyak

Aneh-aneh keyword yang muncul. Harapnya terjawab sudah soalan yang dicari itu. Nah, saya belanja gambar nasi minyak. Rindu dah lama tak makan nasi minyak.

Gambar Nasi Minyak
sumber : google