International Coffee Day 2026/ Hari Kopi Sedunia disambut pada 1 Oktober setiap tahun sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kopi di seluruh dunia.

Juga disebut sebagai World Coffee day, Hari Kopi Antarabangsa, Hari Kopi internasional dan lain-lain lagi dengan tujuan yang sama.

Selamat Hari Kopi Sedunia 2026/ International Coffee Day

Kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk. Bagi pencinta kopi, secawan kopi sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian, teman ketika bekerja, minuman untuk bersantai dan juga penghubung dalam pertemuan bersama keluarga dan kawan-kawan.

Tujuan Sambutan Hari Kopi Sedunia
  • Menghargai petani kopi yang bekerja keras menghasilkan biji kopi.
  • Mengiktiraf pengusaha kopi yang memproses, memanggang, dan menghidangkan kopi.
  • Memberi kesedaran tentang isu kemampanan (sustainability) dalam industri kopi.
  • Mengajak pencinta kopi di seluruh dunia meraikan minuman yang paling digemari selepas ai

Tema rasmi Hari Kopi Sedunia 2026 saya tidak jumpa dalam cariaan google. Mungkin belum diumumkan atau tiada? Siapa tahu?

Yang pastinya, setiap 1 Oktober ratusan negara akan menyertai sambutan ini dengan pelbagai aktiviti, festival, dan promosi kopi.

10 Fakta menarik Hari Kopi Sedunia 2026

1. International Coffee Day/ Hari Kopi Sedunia disambut pada 1 Oktober

Tarikh 1 Oktober menjadi tarikh rasmi sambutan International Coffee Day di peringkat antarabangsa.

2. International Coffee Organization (ICO)

International Coffee Day dikaitkan dengan usaha International Coffee Organization (ICO) untuk meningkatkan kesedaran terhadap kopi serta menyokong komuniti dan pihak yang terlibat dalam rantaian nilai kopi.
 

3. Kopi merupakan antara minuman paling popular di dunia

Kopi dinikmati dalam pelbagai bentuk dan cara daripada kopi hitam dan espresso hinggalah cappuccino, latte, mocha dan cold brew.
 

4. Kopi bermula daripada buah kopi

Biji kopi sebenarnya ialah benih yang terdapat di dalam buah kopi. Buah kopi yang masak biasanya dipanggil coffee cherry kerana bentuk dan warnanya.
 

5. Dua spesies kopi yang paling terkenal

Dua spesies yang paling banyak dikenali ialah Arabica (Coffea arabica) dan Robusta (Coffea canephora). Kedua-duanya mempunyai ciri rasa dan kandungan kafein yang berbeza.

6. Kopi mempunyai pelbagai profil rasa

Rasa kopi boleh berbeza mengikut jenis biji kopi, kawasan penanaman, ketinggian, proses selepas tuaian, tahap pemanggangan dan cara penyediaannya.
 

7. Espresso bukan jenis biji kopi

Espresso sebenarnya ialah kaedah penyediaan kopi, bukan spesies atau jenis biji kopi. Minuman seperti latte, cappuccino dan americano pula biasanya menggunakan espresso sebagai asas.
 

8. Kopi menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat

Daripada kedai kopi tradisional hingga kafe moden, kopi mempunyai tempat tersendiri dalam budaya masyarakat di pelbagai negara. Di Malaysia sendiri, kopi seperti kopi O, kopi susu dan kopi tarik sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya minum kopi.
 

9. Kopi menghubungkan ramai orang

Secawan kopi sering menjadi alasan untuk bertemu, berbual dan meluangkan masa bersama. Sebab itu kopi bukan hanya tentang rasa, tetapi juga pengalaman dan kenangan.
 

10. Hari Kopi Sedunia adalah peluang menghargai industri kopi

Di sebalik secawan kopi yang kita nikmati terdapat perjalanan yang panjang, bermula daripada penanam kopi, pekerja ladang, pemproses, pengimport, pemanggang, barista hinggalah kepada kafe dan pengguna.

Jangan lupa rebut peluang dapatkan promosi istimewa kopi yang menarik sempena Hari Kopi Sedunia 2026.