International Coffee Day 2026/ Hari Kopi Sedunia disambut pada 1 Oktober setiap tahun sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam industri kopi di seluruh dunia.
Juga disebut sebagai World Coffee day, Hari Kopi Antarabangsa, Hari Kopi internasional dan lain-lain lagi dengan tujuan yang sama.

Kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk. Bagi pencinta kopi, secawan kopi sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian, teman ketika bekerja, minuman untuk bersantai dan juga penghubung dalam pertemuan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Tema rasmi Hari Kopi Sedunia 2026 saya tidak jumpa dalam cariaan google. Mungkin belum diumumkan atau tiada? Siapa tahu?

Kopi bukan sekadar minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk. Bagi pencinta kopi, secawan kopi sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian, teman ketika bekerja, minuman untuk bersantai dan juga penghubung dalam pertemuan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Tujuan Sambutan Hari Kopi Sedunia
- Menghargai petani kopi yang bekerja keras menghasilkan biji kopi.
- Mengiktiraf pengusaha kopi yang memproses, memanggang, dan menghidangkan kopi.
- Memberi kesedaran tentang isu kemampanan (sustainability) dalam industri kopi.
- Mengajak pencinta kopi di seluruh dunia meraikan minuman yang paling digemari selepas ai
Tema rasmi Hari Kopi Sedunia 2026 saya tidak jumpa dalam cariaan google. Mungkin belum diumumkan atau tiada? Siapa tahu?
Yang pastinya, setiap 1 Oktober ratusan negara akan menyertai sambutan ini dengan pelbagai aktiviti, festival, dan promosi kopi.
10 Fakta menarik Hari Kopi Sedunia 2026
1. International Coffee Day/ Hari Kopi Sedunia disambut pada 1 Oktober
Tarikh 1 Oktober menjadi tarikh rasmi sambutan International Coffee Day di peringkat antarabangsa.
2. International Coffee Organization (ICO)
International Coffee Day dikaitkan dengan usaha International Coffee Organization (ICO) untuk meningkatkan kesedaran terhadap kopi serta menyokong komuniti dan pihak yang terlibat dalam rantaian nilai kopi.
3. Kopi merupakan antara minuman paling popular di dunia
Kopi dinikmati dalam pelbagai bentuk dan cara daripada kopi hitam dan espresso hinggalah cappuccino, latte, mocha dan cold brew.4. Kopi bermula daripada buah kopi
Biji kopi sebenarnya ialah benih yang terdapat di dalam buah kopi. Buah kopi yang masak biasanya dipanggil coffee cherry kerana bentuk dan warnanya.5. Dua spesies kopi yang paling terkenal
Dua spesies yang paling banyak dikenali ialah Arabica (Coffea arabica) dan Robusta (Coffea canephora). Kedua-duanya mempunyai ciri rasa dan kandungan kafein yang berbeza.6. Kopi mempunyai pelbagai profil rasa
Rasa kopi boleh berbeza mengikut jenis biji kopi, kawasan penanaman, ketinggian, proses selepas tuaian, tahap pemanggangan dan cara penyediaannya.7. Espresso bukan jenis biji kopi
Espresso sebenarnya ialah kaedah penyediaan kopi, bukan spesies atau jenis biji kopi. Minuman seperti latte, cappuccino dan americano pula biasanya menggunakan espresso sebagai asas.8. Kopi menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat
Daripada kedai kopi tradisional hingga kafe moden, kopi mempunyai tempat tersendiri dalam budaya masyarakat di pelbagai negara. Di Malaysia sendiri, kopi seperti kopi O, kopi susu dan kopi tarik sudah lama menjadi sebahagian daripada budaya minum kopi.9. Kopi menghubungkan ramai orang
Secawan kopi sering menjadi alasan untuk bertemu, berbual dan meluangkan masa bersama. Sebab itu kopi bukan hanya tentang rasa, tetapi juga pengalaman dan kenangan.10. Hari Kopi Sedunia adalah peluang menghargai industri kopi
Di sebalik secawan kopi yang kita nikmati terdapat perjalanan yang panjang, bermula daripada penanam kopi, pekerja ladang, pemproses, pengimport, pemanggang, barista hinggalah kepada kafe dan pengguna.Jangan lupa rebut peluang dapatkan promosi istimewa kopi yang menarik sempena Hari Kopi Sedunia 2026.
8 Comments
arini sure byk promo kopi sempena hari kopi sedunia..akak bkn pencinta kopi
ReplyDeleteala, baru je habiskan satu mug coffee tanpa ambil gambar. Kalau tak boleh juga nak buat entry coffee day ni hahah
ReplyDeleteAisehmannn, Hari Kopi Seduniabrupanya hari ni tapi sy dah beberapa hari tak minum kopi ni. Kena beli kopi ke macam mana ni ek?
ReplyDeleteYesss kejap lg nak pegi mengopi he hee
ReplyDeleteBetul tu salah satu budaya masyarakat melayu
Org2 lama @ nenek
Moyang pokok kopi ni mesti ada kat rumah
Teringat arwah tok, tokyah , seangkatannya byk tanam tepi2 rumahnya
Kalu umah arwah tok , sepanjang jln pokok kopi dan bila masak kutip jemur dan tumbuk guna lesung kaki
Utk minum
Sendiri
Seronok ktorg mengutip buah yg masak tu tok akan bg upah
Hihii kenangan
Dan selain buah , pucuknya buat ulam rebus
Pahit tp mak mak suka mkn
Sedapnya kopi
ReplyDeleteSelamat Hari Kopi Sedunia! Baru tahu pasal fakta espresso tu ingatkan jenis biji kopi dulu. Memang betul, kopi bukan setakat minuman tapi penyambung silaturahim. Harap ada la promo best-best harini
ReplyDeleteSelamat hari kopi sedunia untuk coffee lover sekelian. Ikhlas dari Tea Lover. ha ha ha Eh! hari ini 1 oktober ulangtahun ke 30 tempat kerja pertama saya.
ReplyDeleteSelamat Hari Kopi Sedunia buat semua coffee lovers.
ReplyDelete