Apa ni??? Asyik lambat je update blog. Sudahlah sebulan seketul post je. Ish ish ish...Bagi chance lah saya berehat lebih sikit tahun ni. Konon nak buat come back bulan Jun. Sekali mood tu U turn lah pula. Nasiblah kan.
Apa-apa pun kita sambut bulan Jun dengan mood happy je. Habis bulan Jun ni, kita dah melepasi setengah tahun 2026. Tanpa sedar, rasa macam cepat pula masa berlalu. Blog pula sendu tanpa cerita yang banyak. Hmmm...
Orang lain rancak update. Saya? Masih lagi dengan writer's block. Taip padam taip padam je kisahnya. Bukan itu je masalahnya, mood pun kelaut dalam sudah. Harapnya bulan Jun dan bulan akan datang akan kembali semangat memeriahkan industri blog. Kena seru semangat baru ni.
Seronoknya awal bulan Jun haritu kita meneruskan cuti dari hujung bulan Mei. Tak ada monday blues. Lepas tu tengah bulan which is esok ada cuti umum lagi, Awal Muharram. Sambut tahun baru Islam. Dapatlah juga berehat seketika daripada tak ada cuti lansung kan.
14 haribulan Hari Derma Darah, rancang nak derma darah di Seremban Prima ada karnival sempena Hari Derma Darah. Sekali sampai dah tutup dah. Kita pun terlambat datang. Tak ada rezekilah nampaknya nak derma darah. Kena derma darah di Pusat Darah kat Hospital je lah jawabnya macam biasa.
Kali terakhir derma darah pada bulan Mac haritu. Kiranya bulan Jun ni dah sampai waktu untuk menderma lah gitu. Ada rezeki masa dan sihat, inshaAllah pergi menderma nanti.
Bulan Jun katanya dah mula tukar kad pengenalan baru. Tapi masih menggunakan kad lama juga kan. Apa lagi ek bulan Jun ni? Semacam sibuk juga bulan Jun ni. Semoga yang baik-baik sahaja dan Allah permudah segala urusan kita semua. InshaAllah. Aamiin...
Selamat bercuti dan menyambut Awal Muharram 1448H.
Jun
You're never walking through the rain alone. Let each drop remind you that mercy falls too.

Did He not find you an orphan and give you shelter —Ad-dhuha 93:6
Cuti umum/ Public holidays Jun 2026
2 Jun – Cuti Hari Gawai-Hari kedua (Sarawak)
Sambutan pada bulan Jun
1 Jun – Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children's Day)
5 Jun – Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)
14 Jun – Sambutan Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day)
20 Jun – Sambutan Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day)
21 Jun – Sambutan Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day)
21 Jun – Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day)
26 Jun – Sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking)
28 تعليقات
Ammi ke Seremban Prima juga Ahad haritu tapi lebih kurang pukul 6ptg baru sampai situ
ردحذفOh ye? 6 petang tu saya pun dah balik dah. Kalau tidak, boleh jadi terserempak juga kan.
حذفSelamat menyambut bulan Jun fiezah...
ردحذفJun pun dah berlalu. Saya komen di bulan Julai.
حذفtercari cari juga new entry akak rupanya bru ada
ردحذفYe, baru ada update.
حذفOh, bulan Jun sudah sampai pertengahan...
ردحذفSalam Awal Muharram 1448H.
Ye kak Ammi. Kejap je masuk pertengahan Jun. Sekarang pun saya balas on July.
حذفSalam Awal Muharram... Moga bulan Jun ni baik baik sahaja.. banyak cuti sebulan dua ni..
ردحذفInshaAllah..Aamiin..
حذفSalam awal Muharram Aphiza.
ردحذفSelamat menyambut Awal Muharram kak Wina.
حذفsalam awal muharram. rindunya nak baca entry akak hari2
ردحذفSelamat menyambut Awal Muharram Mazni. InshaAllah ada kesempatan saya aktif semula ye. Saya pun rindu nak berblogwalking ke blog kawan-kawan.
حذفSalam Awal Muharram. Semoga Jun yang baik-baik sahaja untuk kita ye
ردحذفSelamat menyambut Awal Muharram kak. InshaAllah..Aamiin.
حذفDari akak lagi la menulis blog tanpa arah tujuan heheheh...
ردحذفBoleh je kak. Anything kita boleh tulis dalam blog kita. hihi...
حذفMZ singgah BW ni...ptg2 sabtu
ردحذفTerima kasih sudi datang singgah sini.
حذفMacam banyak plak cuti tapi takde laa banyak sangat ekkk hahahaha..
ردحذفMoga Fizah sihat-sihat selalu
Dia macam ada macam tak ada gitu. hihi...Alhamdulillah..Terima kasih SisLin. Semoga SisLin pun sihat dan ceria selalu. InshaAllah. Aamiin...
حذفJun pun bakal meninggalkan kita uhuks
ردحذفYa, sekarang pun dah masuk Julai. Marilah kita jalani kehidupan kita dengan tenang dan baik-baik saja. InshaAllah.
حذفSalam Maal Hijrah Fiza. Sekejap je masa kan dah bukan Jun sekarang
ردحذفYe, benar. Sekarang pun dah Julai dah kan.
حذفKak fizaaaaah 😄😄. Yg penting tiap bulan ada update kak, jadi tak bertanya2 kami, kak Fizah kemana 😄. June ini bulan favorit saya. Banyak libur, dan banyak hari spesial di bulan ini
ردحذفInshaAllah...Janji ada update gitu kan dari sepi terus. Wahh seronoknya dapat bercuti dan banyak special dalam bulan June. Selamat bercuti Fanny.
حذف