Penutup bulan Jun, birthday Encik Suami. Memandangkan tarikh tersebut pada hari bekerja, tak dapatlah nak merancang cuti-cuti. Jadi, saya ajak Encik Suami makan-makan je. Simple birthday celebration gitu.
Saya ajak Encik Suami ke Secret Recipe Senawang. Sebelum ni biasa pergi cawangan di Taipan Senawang tu je. Yang ni di Matahari Heights Senawang.
Nampak macam masih baru lagi. Tak tahu bila buka. Tahu pun sebab pernah lalu sini dan nampak macam lagi luas tempatnya berbanding di Taipan. Jomlah kita!

Simple Birthday Celebrations Untuk Encik Suami
Seiring dengan temanya,"Sweet moments begin here". Ye, kita ciptakan kenangan yang indah disini sempena birthday Encik Suami.
Kami memilih meja di sudut dalam sikit dan tersorok. Adalah privacy sikit. Tak segan nak ambil gambar nanti. Kami ni pemalu orangnya.
Sistem order menggunakan QR code. Disediakan nombor meja dan juga password Wi-Fi.

Selepas submit pesanan, pekerja hantar peralatan makanan dan juga tisu. Menariknya tisu Secret Recipe ni. Nampak sangat dah lama tak makan di sini. Eh, pernah tahun lepas tapi masa tu tak perasan pula tisu ni. Ke masa tu tak ada lagi.

Sementara menunggu pesanan sampai, ambil gambar kek yang tersusun dalam chiller. Ini kalau tengok dekat-dekat semua nampak sedap. Masa buat pesanan tadi saya perasan macam ada beberapa jenis kek baru. Baru bagi saya kalau saya ketinggalan lambat tahu.

Caramel Creme Choc
Sepotong kek sempena Encik Suami sampai dulu. Saya pilih kek Caramel Creme Choc. Macam kek baru. Itu yang pilih nak cuba rasa. Saya selitkan juga nota supaya mereka tulis Happy birthday Husband. Elok cantik tulisannya.
Tapi ada kejadian tak diingini berlaku. Masa Encik Suami pegang pinggan nak bergambar, tersenget lalu terjatuh keknya hempap tulisan. Bangunkan semula keknya, tulisan pun dah comot. Nasib baiklah dah ambil gambar elok awalnya tadi.

Kacang-kacang atas tu saya tak makan sebab keras sikit. Nanti tak pasal bracket braces saya tercabut. So Encik suami yang makan.

Habis je makan kek, minuman kami pula sampai.
Rose latte
Masa membelek menu tadi nampak rose latte. Eh, kita berkenan betul terus tambah dalam pesanan. Lupa terus nak pesan hazelnut latte. Sesekali nak rasa minuman baru. Yang buat saya tertarik tu adalah hiasan rose bud kering menghiasi secawan kopi rose latte.
Menarik bukan?

Hazelnut latte
Bila saya pesan rose latte, Encik Suami kata nak pesan hazelnut latte lah. Okay je, saya dapatlah 2 minuman kegemaran gitu. Encik suami minum dulu. Eh, kenapa ada rasa macam rose macam bandung gitu. Ini mesti salah air kopi ni.
Memang betul pun. Air yang ada rose bud tu adalah hazelnut latte bukan rose latte. Ini mesti barista tu pun dah confused mana satu yang patut letak taburan rose bud tu kan. Takpe, kami maafkan.
So air rose latte tu sedap ada rasa-rasa rose tu tapi tak terlalu kuat. Rasa dia sipi-sipi je. Tetaplah rasa kopi latte yang sedap. Hazelnut latte dah tentu sedap.
Spicy seafood medley pasta
Saya pilih menu ni sebab nak rasa. Rasa spicy tu buat saya teruja nak rasa kepedasan dia tahap macamana. Pedas sangat ke? Sekali rasa, lahhhh tak pedas pun. Pedas manja pun tidak. Mungkin pedas dia hanya pada chilli flakes tu je kot.

Selaku pempedas saya tak setuju menu ni diberikan nama spicy. Tapi menu ni sedap gila. Sosnya yang creamy, seafood yang segar dan banyak jugalah. Ada sayuran kacang buncis, sehiris lemon dan porsi dia sederhana. Kenyang jugalah untuk seorang makan. Yang penting sedap!
Pasta dia liguine/linguini. Macam sedap pula pasta ni. Selama ni kalau makan pasta fettucine saya tak berapa gemar. Mungkin linguini ni nipis sikit dan tak tebal sangat macam fettucine. Rupa lebih kurang cuma saiz berbeza. Next time boleh beli stok pasta linguini.
Buttermilk chicken chop
Versi chicken chop ni menarik lain daripada chicken chop biasa. Didatangkan dengan butterhead, timun jepun dan tomato cherry. Ada potato wedges, biasa kita dihidangkan dengan french fries kan. Ayam crispy dicurahkan dengan sos buttermilk.

Saya suka rasa ayamnya yang crispy diluar, lembut di dalam. Sos buttermilk dia sedap. Wedges pun sedap macam KFC Wedges. Semua sedaplah. Kami makan separuh-separuh. Dua-dua dapat merasa.
Keseluruhannya apa yang kami pesan sedap. Alhamdulillah.
Happy birthday Encik Suami!
38 Comments
kesian muka encik suami kena blur.. hehehe
ReplyDeleteHihi...
DeleteHappy Birthday. Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki bersama, selamanya.
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
DeleteHappy birthday buat suami Fiza, seronok makan sharing2 macam ni kan...semua leh rasa...
ReplyDeleteTerima kasih kak. Betul, dapatlah rasa dua jenis hidangan gitu.
Deletemenu-menu secret resipe boleh tahan sedap juga kan...moga sentiasa sihat panjang umur en.suami Fiza
ReplyDeleteA'ah. Mostly sedap-sedap tak mengecewakan.
DeleteAamiin..Terima kasih untuk doanya kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Tak pernah lagi try kek nie..sebab kalau p SR,mesti cari carrot cake je...hihihi
ReplyDeleteHappy belated bday utk incikSuami phiza,semoga yang baik2 je..aamin
Carrot cake SR pun sedap. Pernah dapat masa birthday beberapa tahun lepas. Tak jemu makan. Terima kasih. Aamiin...
DeleteTerima kasih mendoakan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Sanah helwah utk suami Fiza
ReplyDeleteSemoga diberkati Allah SWT
Jarang jumpa linguine, selalu jumpa fettuccine je kalau di supermarket biasa
Aamiin...
DeleteTerima kasih kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Kann..macam susah nak jumpa. Fettucine je biasa nampak. Kena mencari liguini lepas ni. Sedap!
Happy Birthday. Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki bersama, selamanya.
ReplyDeleteAamiin... Terima kasih atas doanya.
DeleteSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Akak tengok pun, nampak sedap. Dah lama giler tak pergi Secret Recipe ni. Dulu, akak suka order karipap dinasour tu. Entah apa nama dia, lupa. 😁
ReplyDeleteSemua yang kami pesan ni sedap Kak Nur. Nanti boleh cuba. Tak perasan pulak karipap dinosaur tu. Saya check di website ada spicy chicken cornish dan original chicken cornish. Yang tu ke Kak Nur?
DeleteDalam gambar dekat chiller di atas, dia di tingkat paling bawah, belakang. Rasanya, betul dah tu, chicken cornish nama dia. Tak tahu pula wujud yang spicy. Wow. Boleh try.
DeleteOo dalam gambar tu. Dalam menu masa order saya tak perasan. Nampak rupa dia sama macam dalam website. Betullah tu. Besar karipap dia mesti kenyang makan. Lain kali boleh cuba. Sila try yang spicy tu dulu kak. hihi...
Deletehappy birthday buat suami! nasib baik sempat bergambar dgn kek tu before jatuh hehe
ReplyDeletesalad secret recipe pun sedap!
Terima kasih awak. Hihi..itulah tu, nasib baik dah ambil gambar yang elok dulu sebelum tersembam jatuh. Nak try juga salad tu sebab viral kan sebelum ni. Tapi tulah rasa nak makan pasta pulak.
DeleteSuami Fiza sama dengan akak - geng Jun.
ReplyDeleteHappy Birthday buat suami Fiza. Moga sentiasa bahagia dunia akhirat bersama Fiza 😊
Alamak…sekali salah tabur rose bud daaa.
Wah, geng Jun! Terima kasih Kak Ujie. Aamiin...Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk akak dan keluarga.
DeleteItulah tu, silap tabur pulak dia.
Lama sudah tak pergi Secret Recipe. Sini banyak persaingan. Kalau nak sepotong kek, terus masuk ZUS.
ReplyDeleteOo banyak persaingan tu, sure kita pilih mana yang lebih berbaloi dan sedap kan.
DeleteCantiknya foto close up dia... sharp teruk!
ReplyDeleteTerima kasih uncle. Dia taklah sharp sangat uncle. huhu...
DeleteSaya follow blog ni ya,datang ke blog saya pula ya
ReplyDeleteTerima kasih. Saya dah singgah dan dah lama follow blog tuan.
DeleteTak perlu majlis besar, tak perlu kek mahal… cukup dengan orang tersayang, doa yang ikhlas dan senyuman ikhlas. Momen sederhana, tapi jadi kenangan yang paling manis . Happy birthday untuk suami kak fiza . Moga dalam jagaan Allah SWT
ReplyDeleteBenar, cipta kenangan yang indah itu dah cukup. Alhamdulillah...
DeleteAamiin...Terima kasih Lyana. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
terima kasih bagi idea macam mana nak celebrate beday pasangan, ihiks!
ReplyDeletetapi hari ni nak celebrate beday anak perempuan dulu.
Sama². Selamat menyambut bday anak perempuannya.
Deletesedap tgk kek tu...kalo ke secret recipe cake fav semestinya chocolate indulgence...pasta tu menarik sbb ank dh fobia mkn pasta kt secret recipe sbb aritu tawar walaupun ltk chili flake mcm rasa tu tk balance ..sblum2 ni sedap je..menu buttermilk chicken sedap nmpknya
ReplyDeleteChocolate indulgence tu favourite ramai. Bila jadi macam tu of course kita rasa serik nak order benda yang sama kan. Mungkin tukar tukang masak kot. Buttermilk chicken tu sedap.
DeleteSelamat berulang tahun untuk suaminya, Mbak. Semoga panjang usia, murah rezeki dan selalu dalam berkah Allah SWT.
ReplyDeleteKue-kue nya sangat mengundang selera dan itu...hazelnut latte...saya suka sekali dengan itu.
Salam,
Aamiin... Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
DeleteYa, makanan dan minumannya sama enak.
happy belated birthday utk suami fiza...
ReplyDeletekek karamel tu sy try masa mula2 keluar...
tp entah kenapa keknya tu terasa kering...
potong mood sy hari tu nak makan benda manis...
Ooo lama sudah ek kek ni. Saya dapat okay je moist dan tak kering. Mungkinkah kek dah lama sikit kot. Aduh, potong mood tu yang tak best kan.
Delete