Motif utama ke Jaya Grocer haritu nak beli Lakewood Organic Pure Cranberry Juice sebab viral di TikTok tentang kebaikannya. Tapi tak ada stok. Jadi, saya belilah Pure Black Cherry buat rasa-rasa je. 

Lakewood Organic Pure Black Cherry Juice

Cranberry tu nantilah kita datang lagi dan beli. Dah beli perisa pure black cherry ni, jadi khasiat dia pun berbezalah. 

Black cherry juice benefit

Bagus je black cherry juice benefits ni rupanya. Adalah juga khasiatnya daripada minum saja-saja kan.

Apa yang saya baca black cherry juice ni membantu mendapatkan tidur yang lebih baik, mengurangkan keradangan, mengurangkan sakit otot dan menurunkan tekanan darah. Yang lain-lain saya belum sempat mengkaji lagi.

Lakewood Organic Pure Black Cherry Juice

Rasa black cherry juice

Apa rasa Pure Black Cherry Juice ni? Kalau ambil sesudu besar, rasanya tak masam sangat. Rasa manis buah cherry sikit. Tapi tak ada lah rasa manis sangat. Rasa masam tu dominant. Sebab dia pure cherry kan.

Cara minum black cherry juice

Apa yang saya baca, cara yang terbaik untuk minum adalah campurkan 2 sudu pati dengan segelas air. Nak lagi sedap, air sejuk lah. Minum sebelum tidur untuk membantu meningkatkan kualiti tidur yang lebih baik.

Tapi saya bancuh segelas dengan 5 sudu besar pati jus. Barulah ada rasa sikit. Kalau sesudu dua tu memang tak rasa sangat. Macam tawar-tawar gitu rasa dia. Nampak gaya macam cepat habis sebab kena bancuh pati banyak untuk segelas air.

Mungkin kalau nak lambat habis, kena ambil sesudu dua macam tu minum terus tanpa bancuh dengan air.