Hujung minggu tak kemana-mana sebab encik suami demam. Duduk rumah je lah kita. Nak keluar pun malas. Teringin nak makan ayam gunting. Jadi, pesan guna grabfood delivery je lah. Pilih yang tak jauh dari rumah sebab nak cepat. Charge delivery pun murahlah sikit.
Saya pesan ayam gunting dan enoki goreng crispy, alang-alang ada dalam satu kedai. Setiap satu ada 4 pilihan tahap pedas dia. Tak pedas, mild, spicy dan extra spicy.
Walaupun kami sejenis pempedas (suka pedas) tapi tak pilih yang extra spicy. Risau pula kalau pedas nak mati. Nanti lansung tak habis makan. Jadi, pilih spicy sahaja.
Tak lama menunggu dalam 20 minit macam tu sampailah pesanan. Betul-betul cepat ni. Jarang sesingkat ini masa menunggu grab sampai.
Makanan sampai panas-panas lagi. Terus buka sebab nanti kalau berwap tu dah tak garing. Bagi camera makan dulu, barulah kita menjamu selera.

30 Comments
Bestlah tu dapat makan yang panas² dan masih crispy.
ReplyDeleteSemalam baru belikan Wafi ayam gunting kat gerai pasar malam. Sekeping RM10.
A'ah. Pilih yang dekat je. Harga pasar malam okay lagi tu RM10.
DeleteNampak sedap tu..ni ayam gunting yg kat depan 7E Megaway ke?
ReplyDeleteYang depan 7E Megaway tu sedap kak. Selalu gak beli situ. Ni tempat lain area Desa Rhu.
DeleteMemang kena makan pans² ayam gunting tu..baru sedap...Linda tak beli spicy,memang tak tahan pedas dia tu...beli biasa je..tu pun ada rase pedas² manja juga
ReplyDeletebetul tu. Dah sejuk dia jadi liat lansung kurang sedap rasa dia. Jenis tak tahan pedas, jangan berani makan yang pedas. Kadang level pedas dia lain macam.
Deleterezeki akak laaa dapat cepat..mungkin masa tu customer lain tiada yang order
ReplyDeleteItulah tu, rezeki dapat cepat juga. Agaknya lah kan.
DeleteNampak tu, sejenis pempedas pun tak tahan pedas. Memang ketara merahnya enoki crispy dan ayam gunting tu. Harga mahal sikit tapi bagusnya tak payah gohead kereta sendiri.
ReplyDeleteItulah tu. Tetiba orang Johor dan Nismilan kalah dengan pedas. Jimat tenaga tapi kena bayar lebih sikit sebab kemalasan. huhu...
DeleteWarna merah tu nampak pedas menyengat.
ReplyDeleteMemang podeh! Pijar bibir dibuatnya.
DeleteSekarang mudah tekan jari aje order pun sampai.
ReplyDeleteYe wak. Serba mudah sekarang ni apa-apa tekan je kat handphone tu.
DeleteKadang terlebih pedas sampai potong rasa, tak syiok juga. Biar sedang² je baru ngam kan...
ReplyDeleteItulah tu. Mujur tak pedas berapi sangat. Betul, yang sedang-sedang tu okay lagi nak makan.
Deletedulu-dulu ayam gunting ni murah je, skrg nak beli pon pikir 2-3 kali
ReplyDeleteYe, betul! Kalau setahun tu boleh kira berapa kali je beli. Itupun kalau teringin. Kalau saja-saja nak beli tu memang tak sebab harga semakin mahal. Dulu bawah RM10, lepas tu RM10, ayam naik harga RM12, sekarang dah cecah RM14. Order grab lagi mahal sikit harganya. Nak buat macamana kan, harga barang semua dah semakin naik.
Deleteenoki ni kalau tgh panas2 memang kena makan cepat sebab bila dah sejuk jadi lembik2 rasanya
ReplyDeleteayam gunting my favvvv!
Betul sangat. Dah sejuk tu lansung tak crispy dah. Ayam gunting favourite juga tapi sejak naik harga ni sesekali je membeli.
Deletededua kegemaran kita. pergi pasar malam, ayam crispy gunting ni wajib. kenyang makan begitu saja. petang ni nak carilah, buat berbuka. ahaaa tiber!
ReplyDeleteWah, tiber rajin ni. Baguslah buat sendiri pun puas hati makan boleh adjust mengikut selera.
Deleteayam gunting makin mahal laa... kdg tu mmg teringinnnnn nak makan. tp bla tgk portion mcm tak berbaloi je...
ReplyDeleteItulah tu, makin mahal naik harga. Tengok portion dan harga dulu.
DeleteAyam gunting tu kesukaan ank2..
ReplyDeleteBukan anak-anak je suka, orang dewasa pun suka ni.
DeleteSaya sukaaaaa kalo Enoki goreng nih. Tapi memang harus makan cepat , sebelum jadi layu 😅. Ayam guntingnya pun nampak sedap. Agak susah menemukan ayam gunting di sini. Ada Deket rumah , tp saya tak suka. Belum ketemu yg sedap
ReplyDeleteBetul, kena makan masa panas-panas baru sedap dan crispy. Mungkin disana tak ramai yang jual. Harap dapat jumpa yang sedap ikut selera.
DeleteNama kedai pun ayam goreng berapi. Hehe.. akak kalau beli ayam gunting, selalu pesan yang kurang pedas.
ReplyDeleteItulah tu, seiring pedas rasa dan nama kedainya. hihi...Next time kena beli yang mild je kalau beli kat sini.
Delete