Sekali lagi kami singgah ke Richiamo Coffee Kuala Pilah. Tapi kali ni kami makan malam pula. Habis idea nak makan di mana. Malas nak mencari, kita makan di Richiamo Coffee je lah. Kena pilih tempat berhawa dingin sebab saya tak boleh bertoleransi dengan panas buat masa ni.
Risau alergi kulit datang kembali. Masa kami sampai, hanya satu meja je berpenghuni. Kami memilih meja berdekatan dengan kaunter. Senang nak ambil makanan nanti.

Encik suami buat pesanan di kaunter. Saya perati chiller pastry dan cakes ni. Tengok apa yang menarik. Tak nampak dari jauh walaupun dah pakai cermin mata. Nak senang baca, ambil gambar dan zoom. Baca dalam handphone je. Lebih mudah.

Potretkan sekali lampu gantung ni. Seorang Fiza ni memang jenis suka ambil gambar lampu. Guna mode potrait dengan 2x zoom.

Dah membelek di chiller tu tak ada lah teringin nak makan apa-apa yang manis. Motif utamanya nak makan nasi sebab lapar. Petang tu baru lepas menghadiri mesyuarat di Segamat. Mereka hanya berikan bungkusan kuih-muih je.
Itu yang sampai Pilah lapar teruk. Pilih makan di sini pun sebab service cepat. Tak perlu nak tunggu lama. Itu yang saya suka.
Macam biasa pilihan saya hazelnut latte panas dan encik suami pilih caramello ais. Sebelum makanan sampai, hampir separuh cawan kopi saya hirup. Lapar betul tu. Padahal tak bagus perut kosong minum kopi dulu. Sila jangan tiru aksi ini.

Kemudian makanan pun siap. Encik suami ambil hidangan nasi lemak rendangnya di kaunter. Tak jemu betul dia dengan nasi lemak ayam rendang.



Mushroom soupnya enak sekali. Berkrim dan pekat. Sedap ni makan panas-panas. Kalau tak ada roti, mesti cepat habis mushroom soup ni.

Risau alergi kulit datang kembali. Masa kami sampai, hanya satu meja je berpenghuni. Kami memilih meja berdekatan dengan kaunter. Senang nak ambil makanan nanti.



Itu yang sampai Pilah lapar teruk. Pilih makan di sini pun sebab service cepat. Tak perlu nak tunggu lama. Itu yang saya suka.
Macam biasa pilihan saya hazelnut latte panas dan encik suami pilih caramello ais. Sebelum makanan sampai, hampir separuh cawan kopi saya hirup. Lapar betul tu. Padahal tak bagus perut kosong minum kopi dulu. Sila jangan tiru aksi ini.


Eleh, cakap orang. Saya pun sama, tak jemu pesan set nasi daging salai asap. Ini je lah menu yang asyik terlintas dalam otak kalau nak ke Richiamo Coffee. Macam biasalah lauk dagingnya penuh mangkuk. Puas hati dan berbaloi.

Kedua-dua menu macam biasa juga licin di habiskan. Sebutir nasi pun tak tinggal. Tapi tulang ayam tu tetap ada lah. Tak kan nak kunyah tulang pula.
Nampak ada orang pesan mushroom soup, saya nak pesan juga. Tapi takeaway. Tak mampu dah nak sumbat dalam perut masa tu juga.

Akhir-akhir ni suka betul makan mushroom soup dengan garlic bread. Tapi ini pertama kali cuba rasa yang Richiamo Coffee punya.
Roti garlic dia dah sampai rumah pun rangup tapi sedikit liat sebab sejuk sudah. Kalau makan panas-panas confirm rangup dan lembut. Satu set ada 3 keping roti. Roti perancis kalau tak silap saya.
Nampak ada orang pesan mushroom soup, saya nak pesan juga. Tapi takeaway. Tak mampu dah nak sumbat dalam perut masa tu juga.

Roti garlic dia dah sampai rumah pun rangup tapi sedikit liat sebab sejuk sudah. Kalau makan panas-panas confirm rangup dan lembut. Satu set ada 3 keping roti. Roti perancis kalau tak silap saya.


Okay lepas ni kita boleh ulang lagi membeli mushroom soup dan garlic bread ni. Sedap ikut selera saya.
20 تعليقات
lama tk singgah richiamo..suka juga menu daging salai situ
ردحذفSedap kan daging salai asap masak lemak cili api dia.
حذفCantik jam dia. Cie pun sama sejak 2 menjak ni asyik makan mushroom soup & garlic bread je. Belum pernah try yang RC ni walaupun ramai juga kata sedap.
ردحذفKlasik gitu. Nanti boleh cuba yang RC ni pulak. Memang sedap!
حذفRichiamo senawang dah tutup ke erk? dah 2 kali akak pi asyik tutup je...mushroom soup Richiamo sedap....akak suka..x pernah cuba makan, nasi lemak atau makanan lain..
ردحذفSaya jarang ke situ sebab dah banyak kali pergi tutup je. Sekali dua je dapat beli, itupun bungkus je. Kadang dia tutup cepat ke macamana entah. Kat S2 City Park tu pun siang je bukaknya.
حذفNanti boleh cuba set nasi pulak. Mushroom dia pun saya suka. Sedap!
Next time nak try jugalah menu daging salai tu.. biasa kalau masuk situ order kek & pastry je.
ردحذفSilakan mencuba kalau suka makan daging salai masak lemak cili api. Pastry dan kek RC pun sedap kan.
حذفLama saya tak makan di RC ni. Memang nampak penuh semangkuk tu lauk daging salainya, berpadanan dengan nasi. Rendang ayam pun nampak sedap. Dua2 sedaplah, patutlah selalu repeat menu yg sama.
ردحذفYang Pilah tu dah 2x makan sini penuh isi daging dan kuahnya. Berpadanan sangat dengan porsi nasi. Hihi. itulah tua, susah nak move on.
حذفpernah lalu richiamo pilah ni, tapi x pernah singgah plak
ردحذفNext time lalu bolehlah singgah.
حذفBaru hari tu, akak pekena mushroom soup dan garlic bread richiamo. Sedap, kan, Fizah.
ردحذفNasi dia pun nampak sedap! 😋
A'ah sedap kak Nur. Saya baru ni mencuba. Boleh repeat lagi.
حذفkedai kopi nya memang stylish
ردحذفSangattt..selesa dan best kupi-kupi.
حذفKena jadi puteri lilin buat masa ni, takleh kena matahari
ردحذفMushroom soup tu nampak pekatlah!
Buat masa ni nampaknya begitulah. hihi..Boleh kena cuma tak boleh kena direct.
حذفMushroom dia memang tak cair tak pekat. Sedang elok. Rasa dia pun sedap. Nanti boleh cuba.
Nasi lemak rendang ayam memang sedap kan Fizah. Selain ayam, rendang daging pun saya suka makan dengan nasi lemak. Memang sedap betul makan roti garlic celup mushroom soup. Betul tu Fizah, memang roti perancis. Saya selalu beli roti perancis makan dengan bubur kacang hijau campur durian.
ردحذفTapi saya kurang gemar versi ayam RC. Suami saya yang suka. hihi..Okay, cara kak Amie makan roti perancis dengan bubur kacang hijau campur durian tu saya tak pernah cuba. Tapi pernah cuba dengan roti gardenia putih yang biasa tu je. Mesti lagi sedap makan dengan roti perancis. Lagi rangup kan.
حذف