Sekali lagi kami singgah ke Richiamo Coffee Kuala Pilah. Tapi kali ni kami makan malam pula. Habis idea nak makan di mana. Malas nak mencari, kita makan di Richiamo Coffee je lah. Kena pilih tempat berhawa dingin sebab saya tak boleh bertoleransi dengan panas buat masa ni.

Risau alergi kulit datang kembali. Masa kami sampai, hanya satu meja je berpenghuni. Kami memilih meja berdekatan dengan kaunter. Senang nak ambil makanan nanti.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Encik suami buat pesanan di kaunter. Saya perati chiller pastry dan cakes ni. Tengok apa yang menarik. Tak nampak dari jauh walaupun dah pakai cermin mata. Nak senang baca, ambil gambar dan zoom. Baca dalam handphone je. Lebih mudah.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Potretkan sekali lampu gantung ni. Seorang Fiza ni memang jenis suka ambil gambar lampu. Guna mode potrait dengan 2x zoom.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Dah membelek di chiller tu tak ada lah teringin nak makan apa-apa yang manis. Motif utamanya nak makan nasi sebab lapar. Petang tu baru lepas menghadiri mesyuarat di Segamat. Mereka hanya berikan bungkusan kuih-muih je.

Itu yang sampai Pilah lapar teruk. Pilih makan di sini pun sebab service cepat. Tak perlu nak tunggu lama. Itu yang saya suka.

Macam biasa pilihan saya hazelnut latte panas dan encik suami pilih caramello ais. Sebelum makanan sampai, hampir separuh cawan kopi saya hirup. Lapar betul tu. Padahal tak bagus perut kosong minum kopi dulu. Sila jangan tiru aksi ini.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Kemudian makanan pun siap. Encik suami ambil hidangan nasi lemak rendangnya di kaunter. Tak jemu betul dia dengan nasi lemak ayam rendang.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Eleh, cakap orang. Saya pun sama, tak jemu pesan set nasi daging salai asap. Ini je lah menu yang asyik terlintas dalam otak kalau nak ke Richiamo Coffee. Macam biasalah lauk dagingnya penuh mangkuk. Puas hati dan berbaloi.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Kedua-dua menu macam biasa juga licin di habiskan. Sebutir nasi pun tak tinggal. Tapi tulang ayam tu tetap ada lah. Tak kan nak kunyah tulang pula.

Nampak ada orang pesan mushroom soup, saya nak pesan juga. Tapi takeaway. Tak mampu dah nak sumbat dalam perut masa tu juga.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Akhir-akhir ni suka betul makan mushroom soup dengan garlic bread. Tapi ini pertama kali cuba rasa yang Richiamo Coffee punya.

Roti garlic dia dah sampai rumah pun rangup tapi sedikit liat sebab sejuk sudah. Kalau makan panas-panas confirm rangup dan lembut. Satu set ada 3 keping roti. Roti perancis kalau tak silap saya.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Mushroom soupnya enak sekali. Berkrim dan pekat. Sedap ni makan panas-panas. Kalau tak ada roti, mesti cepat habis mushroom soup ni.

Makan Malam Di Richiamo Coffee Kuala Pilah

Okay lepas ni kita boleh ulang lagi membeli mushroom soup dan garlic bread ni. Sedap ikut selera saya.