Masa Shopping di Jaya Grocer haritu nampak baby nanas ni, Phulae Pineapple yang diimport dari Thailand. Selaku peminat buah nanas, mestilah tergoda kan. Lalu ambil masuk dalam bakul. Padahal dah ambil buah flat peach tu.
Takpelah sesekali tambah stok buah lebih sikit. Saya suka baby nanas lagi berbanding buah nanas yang biasa. Nanas MD2 atau nanas yankee pun sedap, manis.

Rasa buah nanasnya manis dan tak ada lansung rasa masamnya. Tidak terlalu tajam sebab tidak berasid, lidah tak rasa lidas pun. Sedap di makan begitu saja.
Tapi dia lagi sedap kalau dimakan dengan kuah rojak dan serbuk asam masin. Kebetulan ada lebih kuah rojak dan serbuk asam masin beli buah potong haritu, kita curahkan sekali.

Fuhhh...kecur air liur tengok. Lain kali beli baby nanas yang dah siap potong ni je lah. Kalau beli yang besar tu leceh juga nak potong. Dah lah kita sorang je makan. Encik suami tak berapa sukaa buah nanas.
Sebelum ni ada berita tentang baby nanas bahaya sebab diletakkan pemanis. Harapnya bukan yang inilah.
14 تعليقات
Oh, senanglah beli dah siap kopek nenasnya, tinggal potong dan makan. Nenas ni makan cicah garam jer pun dah sedap. Kalau yang comel ni, agaknya boleh tak makan macam kita makan epal tu, hahaha.
ردحذفSenang kerja, basuh, potong dan makan. Cicah dengan garam tak pernah lagi. hihi..Epal hijau je pernah cicah dengan garam. Boleh je, kalau gigi elok. Kalau saya tak bolehlah sebab pakai braces. hihi...
حذفuntungla encik suami tak minat, memang kita yang bedal lah hehehehe.
ردحذفItulah tu, untunglah kita dapat makan lebih.
حذفKalau bab nanas ni Dania la yang paling suka..akak suka gak tapi suka yang MD2
ردحذفOo Dania peminat buah nanas ye. MD2 manis betul kan. Kadang suka, tengok tahap kemanisan dia juga. hihi...
حذفAkak tak pernah jumpa buah nanas comel macam ni. Senang nak makan, dah siap kupas. Telan ailio tengok gambar last. 😋
ردحذفKalau jumpa macam ni Kak Nur kena beli dan rasa. hihi..itulah tu, saya tengok pun kecur.
حذفCie tak makan nenas. Pernah kena sakit lidah lepas makan nenas terus dah tak makan sampai sekarang.
ردحذفMungkin tu nanas biasa kot. Kena makan baby nanas, nanas MD2. Tu manis tak tajam dan tak sakitkan lidah. Nanti cubalah.
حذفbaby nanas ni... boleh jadi ketagih kalau makan esp yg betul2 manis dan sedap tu... ms gi thailand tu, sebiji cuma 5-10 bath je... kadang dapat free lagi beberapa biji kalau beli longgok
ردحذفUisshh terus kecur Anies uii.. murah tu sen sen je nilai matawang kita. Untung sangat dapat lagi free. Dorang belambak apa nak heran kan bagi free.
حذفMasa kat KL husband ammi oenahlah tolong kawannya bawa stok dan jual nanas MD2. Manis sedap. Yg kekecik ni ammi tak pernah beli
ردحذفNanas MD2 memang manis dan sedap. Cuma kalau manis sangat pun tak boleh juga. Makan dengan kuah rojak ada pedas pedas sikit lagi mantap. hihi...
حذف