Terjebak membeli pewangi bilik air dan toilet jenis fragrance pad ni. Pewangi bilik air viral dan paling tahan lama katanya. Entah masa bila viral pun tak tahu lah. Haritu kakak saya ada beli untuk rumah mak di kampung masa raya.
Di rumah dia pun pakai yang ni juga. Memang wangi! Hilang terus bau-bau yang kurang enak tu. Maka, saya pun carilah nak letak dalam bilik air dan toilet.
Jiran kalau dia goreng ikan masin, sampai berbau dalam bilik air kita. Maklumlah, bahagian dapur dia dekat dengan bilik air kita.
Dah kita yang wangi-wangi mandi ni terasa bau ikan masin pula. Jadi untuk menyahkan bau tersebut. Kita belilah juga pewangi Fresh Magic Fragrance pad ni.
Beli di MR.DIY, RM2.40 sebungkus ada sekeping. Di sini tak banyak pilihan, ada satu jenis bau je iaitu Citrus. Tak ada pilihan, kita ambil je lah 2 bungkus. Satu letak dalam bilik air, satu letak dalam toilet.


24 تعليقات
boleh dibeli nanti, kita baru je bebel dgn daktiga rumah bau kepam, walhal segala pengudaraan telah dibuka. buat2 ada bau gitu.
ردحذفPada bungkusan tu untuk toilet, kereta, rak kasut dan office. Bolehlah tu letak kat rumah di tempat tertentu. A'ah buat-buat ada bau gitu.
حذفOhh bagus ni, thanks for sharing Fiza.
ردحذفSo far masih bagus berbau kuat. Sama².
حذفJadi penasaran dengan pewangi ini Mbak.
ردحذفBeli di Mr. DIY ya Mbak?
Coba nanti saya mampir di Mr. DIY. Disini ada juga toko Mr. DIY di Citi Mall, Sukabumi.
Salam,
Ya, beli di MR. DIY. Nanti bolehlah cuba cari. Harap ada juga di jual di store disana.
حذفwahhhh boleh beli nanti ni
ردحذفSilakan beli nanti. hihi...
حذفada plak pesen pad mcm ni yer sekarang? leh cuba nanti
ردحذفAda, saya pun baru tahu juga. hihi...Silakan beli nanti.
حذفCleaner ofis sy pun guna pewangi ni utk toilet ofis, mmg wangi
ردحذفKannn...wangi sangat.
حذفLinda dah lama pakai yang nie...kalau tak silap, jangan bagi dia basah kot, baru tahan lama...tak igt lah...sejak2 suami yang menjaga kebersihan tandas dan rumah.. hahaha
ردحذفOo ye ke? Nasib baik gantung kat tempat yang tak kena air. Baik, terima kasih.
حذفOhh bentuk dia camtu ye, kena cari ni.
ردحذفGeram ada tikus mati kat tangki ofis, bau busuk dah berminggu macam nak pengsan rasa 😭
A'ah. Saya pun baru tahu. Selama ni tak membelek sangat pun section ni. Haa eloklah tu letak ni. Sekurang-kurangnya kurang sikit bau busuk tu.
حذفbole try bli nanti..tq for sharing
ردحذفSelamat membeli. Sama².
حذفAkak benda viral lambat. Tq Fiza terangkan. Nanti boleh cari. Harga murah juga.
ردحذفSaya pun tak tahu benda ni viral. Itupun kakak saya yang beli masa kat kampung. Macam menarik, kita pun nak beli jugak. Murah pun murah kan.
حذفpenah beli yg kuning tu...
ردحذفtp tu laa jangka hayatnya tak lama hehehe
Lahh ye ke? berapa lama jangka hayat wangi dia?
حذفOh nak cari jugalah. Pernah nampak tp tak pernah beli. Haritu beli room air freshner jenis gel jenama terkenal itu tp ntahlah. Hidung ammi tersumbat ke tak keluar langsung wanginya. Harga dahlah boleh tahan
ردحذفJenama terkenal tu mahal juga kadang kejap je hilang baunya. Tapi yang ni boleh tahan wangi, harga pun murah. Kalau hilang cepat pun tak rasa rugi sangat membeli.
حذف