Buah avocado/alpukat ni kami ambil pada 15 Jun, 24 Jun baru masak elok. Punyalah lama menunggu dia masak. Ke dah terlebih masak ni? Hari-hari dok rasa dah lembut ke belum sampailah kulit dia dah berkedut.
Potong buah avocado pun tak esthetic lansung. Dah terlebih masak sikit. Isi dalamnya elok juga. Cuma yang ada garisan coklat-coklat tu tak pasti kenapa. Nak kata ada ulat buah, tak ada pula.
Buah ni masak je saya dah rancang nak buat jus alpukat. Nak makan begitu memang tak lalu. Nak buat spread, roti tak ada pula. Buat air je lah senang. Lagipun memang ada stok fresh milk di rumah.
Saya biasa beli susu kotak Yarra by Farm Fresh UHT Full Cream Milk yang bersaiz 200mL. Senang buat stok kalau nak masak spaghetti carbonara ke kan. Beli yang saiz 1L kena habiskan cepat selepas dibuka.
Saya biasa beli susu kotak Yarra by Farm Fresh UHT Full Cream Milk yang bersaiz 200mL. Senang buat stok kalau nak masak spaghetti carbonara ke kan. Beli yang saiz 1L kena habiskan cepat selepas dibuka.
Buah avocado ni dah masak senang je nak pisahkan dari kulitnya. Hanya perlu siat kulitnya guna tangan atau korek je guna sudu.
Resipi jus alpukat
Resipi jus alpukat/avocado yang mudah-mudah je saya buat. Sebiji buah avocado, 1 kotak susu saiz 200mL, 1 sudu besar gula dan air sikit.
Saya kisar semua sekali dalam pengisar. Pekat gila dah macam tekstur smoothie pula. Jadi, saya tambahkan air sikit. Barulah okay sikit. Kalau tak nak tambah air, lebihkan susu fresh milk lagi sedap.


Untuk sebiji tu dapatlah 2 gelas jus alpukat yang lemak berkrim. Nyummeh!
22 تعليقات
x pernah & mcm cannot go la...jus avacodo ni..either makan mcm tu je or buat guacamole..dappp
ردحذفOoo macam tu, faham faham.
حذفwokey nanti kita cuba, sebab kaler hijaukan. bila minum tu ada rasa cantik tak? hiii kan minum atau makan hijau-hijau ni awet muda, aaaagitu!
ردحذفSelamat mencuba. Pencinta hijau memang pantang nampak hijau kan. hihi..terus nampak cantik.
حذفantara buah yang saya suka yakni avocado
ردحذفWah, peminat avocado hadir.
حذفsedap tu jus alpukat....lama tk minum..dpt yg original kt Bandung dlu sedap btul..tkpernh lg buat sendiri
ردحذفYang kat Bandung tak pernah rasa lagi. Tapi pernah rasa yang orang jual kat sini. Boleh cuba buat sendiri yang mudah-mudah je. Sedap juga.
حذفPertama kali cuba jus alpukat di Jakarta. Sana memang ada dalam menu.
ردحذفSuka jus ini dengan sirap coklat. Rindu pula nak minum.
Di sana memang terkenal dengan jus alpukatnya. Campur dengan sirap coklat belum pernah cuba lagi kak Wina.
حذفbiasa minum air kotak sahaja....ini buatan sendiri mesti padu
ردحذفOoh ada ye air kotak avocado. Tak pernah jumpa lagi. Yang ni memang sedap, ikut selera sayalah. hihi...
حذفBetul-betul terlebih masak tu... tak berapa gemor ngn alpukat
ردحذفAgaknya kot. Hihi..tak ramai suka alpukat ni.
حذفAvocado ni dia lemak tapi ada bau2 sabun atau pencuci muka avocado dulu2 femes kan...tapi bila buat jus campur choc...pergh.....sedapppppp
ردحذفA'ah. Lemak² dia sedap cuma bau dia kurang sikit. Dia lagi sedap campur coklat ye. Nanti² ada stok boleh cuba.
حذفMinuman favorit saya Mbak kalau makan di resto. Selalu saya pesan Jus Alpukat...
ردحذفSalam,
Di sana memang terkenal dengan jus alpukat. Saya belum sampai lagi disana untuk rasa jus alpukat yang sedap.
حذفtuuuu diaaaa mengamcam sungguh ni!
ردحذفdah boleh buka gerai alpukat depan rumah ;-)
Hahaha.. takdelah sampai boleh bukak kedai jus alpukat.
حذفMasa ke Indonesia dulu hari2 order jus alpukat ni…sedap betul di tekak
ردحذفKatanya kalau jus alpukat sana memang sedap, jadi idaman ramai orang Malaysia.
حذف